Monday, May 19, 2008

Hadiah Hari Guru , Hadiah Hari Ibu




Hadiah Hari Guru , Hadiah Hari Ibu

" SELAMAT HARI GURU , cikgu", "Eh apa ni, terima kasih." Kalau cikgu tak suka cikgu simpan

ya..." Masih ingat lagi sewaktu jadi guru pelatih di sebuah sekolah di Melaka.Sekolah nya

agak pendalaman tapi suasana kampungnya sungguh mendamaikan...Murid-murid yang beri

hadiahtu ramai tapi murid yang ini paling ingat sekali..sebab hadiah yang diberi

lain.Namaje lupa..tak silap hujung namanya ada Nizam, rambut hampir botak sama macam

Mawitu,.... murid darjah tiga masatu...



"Cikgu buka sekarang ya hadiah kamuni"."Boleh, cikgu bukala", bersemangat dia.
Dua hadiah yang diberi..dengan pembalut yang agak lusuh, buka hadiah yang pertama," Eh,buku

darjah lima!" Terkeluar dari mulutni. Dalam hati kata ,bukuni dah buruk! Agaknya tahu apa

yang bermain dalam fikiran, "Cikgu tu buku abang saya, dia tak guna dah, saya minta dia

untuk beri cikgu hadiah.Cikgu ambilla,mana tahu nanti cikgu akan ajar murid darjah lima."
Buka pula hadiah yang kedua, "Odorono" ubat sapu ketiaktu tapi yang dah diguna, terus dia

kata ,dengan penuh semangat, "cikgu emak saya tak guna dah, cikgu ambilla.Saya tak ada apa

nak beri cikgu...Wangi cikgu!", dengan mukanya yang penuh ikhlas. Terharu campur sedih

masatu.



"Cikgu suka tak hadiah saya?" Tanpa berfikir panjang terus kata ..cikgu bukan nak

hadiah, hadiah cikgu yang berharga ialah kamu jadi budak baik dan belajar

bersungguh-sungguh, cakap pada semua kelas masatu..Muridni terus kata lagi.."cikgu suka tak

hadiah saya? "Eh, cikgu sukala dapat hadiah, terima kasih!. " Amboi terus tersenyum dan

bangga dia... Terus pergi tempat duduk .

Oh, terfikir agaknnya masatu betapa susahnya dia nak cari hadiah untuk cikgu dia.

Dapat tahu dia anak ibu tunggal yang kematian ayah. Ibu kerja kampung. `Excited' nak bagi

hadiah. Kesian. Kebanyakan hadiah yang dapat adalah seketul sabun. Sabun yang popular

masatu~Lux~

Banyakla kami cikgu praktikal yang dapat sabun masatu. Berbeza sangat masa mengajar di

bandar. Di bandar semua ibubapa yang carikan hadiahkan.. Kadang bagije,ucappun tidak!

Memangla hadiahnya berharga...tapi sentuhannya kurang. Memang benar bila dah mengajar buku

darjah lima `murid botaktu' ada digunakan sebagai panduan. Buku Karangan. Tapi sampai

sekarang setelah 16 tahun,tak pernah dapat lagi DUA hadiah yang memberi 'kesan' begitu .

Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 91/93 ,terima kasih melahirkan aku seorang guru...
juga terima kasih pada insan-insan yang masih sudi mengucapkan `Selamat Hari Guru',bak kata

Amy Sensei Jepun, `kerana dirimu begitu BERHARGA- CIKGU-' Benar, semua dari kita adalah

insan BERHARGA tak kira SIAPA...


By,

Cikgu Sue



Kalau 16 tahun dulu murid botak tanya'cikgu,suka tak hadiah saya, sekarang anak-anak

pula,"mak ,mak suka tak hadiah kita orang?" Kongsi duit beli baju...




Gelang yang dibuat oleh Amanda. Penutup botol dia reka tanda `love'.Terima kasih


Amanda buat kuih Cornflakes Madu, sempena Hari Ibu...oklatu..
Ahli-ahli Bilik 206....

2 comments:

AMY SENSEI said...

alahai! sedihnya baca ttg hadiah kak sue..teringat masa saya praktikal di sekolah kampung changkat lobak..sedih sangat sbb ramai murid2 dr keluarga susah, hari-hari saya ke kantin pada waktu rehat tengok2 kalau ada murid susah yang takde duit nak makan saya akan belanja diaorng pastu hari-hari nangis bila citer kat abang.

ShookranJazilan said...

tula amy...tq. Tapi teringat pulak masa kak su kecik masa sekolah rendah rasanya bagi pen merah selalu..itu yang murah.sekolah menengah baru pandai sikit nak bagi cikgu hadiah.sekarang semua murid dah senang kot!!