Tuesday, July 22, 2008

Jalan Tepi laut dan UAE ( United Arab Emirates)

Jalan Tepi laut dan UAE

Kami balik Sohar sekejab.Membayangkan perjalanan yang jauh rasa penat.5 jam perjalanan bagi orang tua sepertiku ni memang meletihkan. Chewah, bila jalan jauhni rasa `orang tua'la. Tapi memang keadaannya macamtu di sini.Jauh-jauh. Kami bertolak pukul 11.55 pagi dan tiba di Sohar lebih kurang 4 lebih petang. Berhenti untuk buang air dan beli teh yang memang sentiasa di campur cardammon di sini. Dah ketagih minum teh cardammon di sini. Memang sedap. Baruje tahu cardamontu adalah buah pelaga yang kita masak di Malaysia campur dalam suptu..Dah pandai sekarang tumbuk banyak-banyak, bila buat teh letakla satu sudu kecil.Banyak khasiatnya. tapi tak tahu apa dia. Nantila kena cari maklumat khasiatnya apa.



Kalini kami balik dari Sur ikut jalan tepi laut. Betul-betul mencabar .Kereta kami jadi macam kereta pacuan 4 roda.Kami ikut kawan orang putih (dah masuk Islam) yang nak lalu jalan tepi lautni.Orang kata nak lalu jalan tepi lautni kena ada `4 wheel '.Kami beranikan juga naik kereta 5 `Wheelie' kami... Turun naik bukit kadang rasa macam nak tercampak ke laut.Bayangkan bila turun bukit tak nampak jalan tapi nampak laut dulu. Lautnya cantik sangat. Membiru... Berdebar. Setengah jalannya belum siap lagi jadi lalula jalan berbatu-batu. Banyak kali lalu jalan berbatuni! Anak-anakni kata macam naik kerusi urut kat rumah nenek.Ada yang kata macam naik `roller coaster'. Kepala pun turut bergoyang-goyang. Rasa nak menari Arab aje.Kadang lalu celah rumah orang.Ada waktu kami kata lepasni `apalah pulak!!'. Tapi nanti kalau Highway siap kami tak rasala pengalaman macamni. Yang terkejutnya `Highway'ni ada tol nanti. Tolnya tengah buat.Dah nak siap. Samala kat Malaysia nanti.

Jambatan yang dalam proses pembinaan di Sur.












Bukit yang menggerunkan...sebab jurang di bawahnya dalam sangat.



Bukit juga ada gua ada laut...


Ke United Arab Emirates (UAE)



Esoknya , pukul 8 pagi kami dah bersiap-siap nak pergi UAE, bukan ke Dubai tapi Al Ain,dekat sikit dari Dubai.. Kami sewa `4 Wheel Drive' dengan orang Malaysia suami isteri. Barula betul jalan jauh naik kereta pacuan. Belum mampu lagi nak beli. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih. Sebelumtu kena cek Imigresen untuk cop passport.Yang peliknya kami kena scan mata dulu. Heran juga. Adam kata ,"semua kena pakai cermin matake nanti?" Bila tengok dari Malaysia,pegawaitu terus puji, "Malaysia nice!! Nanti bulan depan dia akan ke Malaysia.Dia kata ramai orang baru kawin pergi honey moon ke Malaysia.Kitapun ceritalah Malaysia ada hujan. Sukanya dia...tersenyum lebar. Haritu repair `handphone 'orang kedaitu pun ada kata dia pernah pergi Malaysia. Malaysia `good and nice'. Dia suka pergi Penang.Ha! hebatnya Malaysiakan!!

4 Wheel Drive kami...


Lagi satu yang hebatnya rakyat Malaysiani kami tak perlu bayar kalau nak masuk UAEni. Satu senpun tak kena.Tapi orang Indonesia, Filipina, Thailand,Turki,Iraq dan ada lagi negara lain mereka kena bayar 100 dirham. (100 ringgit).Wah, untungnya kami.Ini adalah kerana perjanjian diplomatik yang dibuat antara PM dulu, dengan negara Arabni. Baruni ada sorang kawan cerita orang Indonesia cepat-cepat nak ke Dubai sebab bayaran dah dinaikkan 500 dirham. Bersyukur sangat-sangat jadi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia apakhabar sekarang!!!!!!!


Yang kelakarnya dia kata anak kami ramai , bagilah satu kat dia. Ramai?? Rasanya ramai sebab semuanya riuh rendah kat imigresentu . Ada yang nak ke toiletlah, ada yang nak isi borang sendirila, suruh mak dan pak dia bukak mata besar-besarla... (dia orang tak kena scan mata...nampak macam `frust')nak minumla, panasla...satu lagi orang imgresentu heran, bila Ali jawab nama dia `Man Laksa' bila ditanya.Bertuah betulbudakni!rasala ramai...cakap melayu pulak...agaknya dia nak suruh diam tak sampai hatikan..Kita fahamla...sendiri mengerti...







Makan di Al Jimi Mall.

Cantik dan indah tempatnya Al Ain. Tak banyak nampak bukit pasir. Banyak bangunan . Macam kat Kuala Lumpurla lebih kurang. Adalah tempat `sopping' yang besar-besar. Sampai tak tahu apa nak beli.Duit banyakkan. Yang kami hairan ada satu keluargatu letak anak dia kat kerusi permainan yang masukkan duittu lama betul. Kuda permainantu bergerak lama.Anak dia duduk bergoyang kat kudatuje sorang2. Lama betul anak dia tinggal kat luar. Kalau ada tengok cerita Mr Bean macamtula lebih kurang.Kecik dari Ali.Anak-anakpun kata `anak Mr BeanTu!' Mak dan ayah dia pergi `shopping' di dalam. Memang hairan sebab budaktu sorang-sorang lama di luar di kedai yang besar.Kalau kami ambil bagi kat orang Imigresen tu memang sempat sangat-sangat. Ituje la nak cerita...`Lepasni apalah pulak!!!'






Depan pasaraya yang besar Al Jimi Mall,dalam ada Carrefour.... Unta warna-warni.








BY.

Cikgu Sue.

3 comments:

Mother of Two said...

salam perkenalan dari saya juga. kalau travel ker uae blehla singgah dubai.

sur tu jauh tak dari muscat?

ShookranJazilan said...

sur tu lebih kurang 3 jam dari muscat .

zura said...

salam dr zura...
so bye bye la sur yg penuh cerite tu yer....