Tuesday, July 15, 2008

WADI BANI KHALID DAN KERETA SORONG



Papantanda nak ke Sur. Guna route 23.



Kami masih lagi di Sur, tapi dah pindah ke rumah orang Malaysia Cik S dan Cik N yang baik hati . Mereka pulang bercuti ke Malaysia (seronoknye). Kalau baca blog yang dulu ke rumah merekalah kami pergi makan tengah hari pertama kali datang ke Sur.

Ikutkan risau juga yalah nak tumpang duduk rumah orang dengan kami lima beranak, lama pulak tu.. dok hotel seharipun orang dah komplen...duduk jugalah bila di kira tolak campur perkara-perkara yang lain. Yang paling menarik rumah mereka betul-betul tepi pantai. Memang cantik dan indah pemandangan belakang rumah mereka. Mereka gelar` motel marble hijau'. Moga Tuhan membalas budi baik cik berdua itu...


Kami rasa nak pindah ke Sur pula selepas pergi ke Wadi Bani Khalid. Wadi ni adalah tempat takungan air mengalir semulajadi. Ada mata air dari bukit. Kami bertolak pukul tujuh pagi dan tiba satu jam setengah kemudian.

Wau! perjalanan nak pergi turun naik bukit ala nak pergi Cameron Highland tu. Banyaklah nampak pohon kurma di sini. Kami mabuk kurma di sini. Dah musim.Tapi tak jemu makan.Bangun pagi makan kurma dulu. Orang Iraqtu pesan kalau nak elak kena sihir, kalau kita kata buatan oranglah, makan tujuh biji kurma dari subuh hingga sebelum zuhur setiap hari. Tapi Suriani makan adalah dekat tiga puluh puluh biji lebih sampai ke malam.Enaknya enaknya. Yang heran sakit gigi kalau makan kurma kotak walau sebiji , tapi makan kurma `fresh'ni tak pulak sakit gigi.Makanla banyak mana. Masa `repair handphone 'adalah orang kedaitu letak kurma dalam bekas jamu pelanggan makan. `Sadaqah' katanya.





Lihatlah pemandangan di Wadini.


Banyak orang yang datang termasuk Mat dan Minah Salleh. Mereka berkelah dan buat BBQ di sini. Katanya ada gua di sini.kami tak sempat pergi. Sebab malam kami nak bawa orang Malaysia ,kiranya kami macam `tourist guide' nak pergi tengok penyu kali kedua..

Marah

Sewaktu kami sampai di Wadini adalah budak-budak yang menunggu bawa kereta sorong sebaya Adam dan Ali. Muka kesian menengoknya. Mereka siap pelawa bawa barang dengan harga 500 baizar.Rasanya kami semua boleh bawa tapi kesian niat nak `sadaqah` berilah budaktu bawa barang dengan kereta sorongnya untuk sampai ke Waditu. Tak jauhpun lebih kurang 200 meter tapi jalannya agak membukit sedikit dengan ada laluan air semulajadi.
Nak tahu kenapa naik marah? Bila dah sampai di tempat Waditu dia minta 1 Rial.( RM 10). kami cakap pada dia,kata 500 baizar. Dia kata tak katapun. Dia minta juga 1 Rial .Anak=anaknipun sebut ya dia cakap 5 `hundred` baizar. Rasa geram sangat.Memang niat nak sedekahpun tapi niat dah jadi lain. Yalah kalau Cikgutu nak marah jugak kalau murid dia tak jujurkan!!! Jadi kita yang dah terror cakap Arabni ha ha taklah terror,konon nak cakap Arab!! cakap macamni kat budaktu," You MUSLIM, DIA ANGGUK.YOU READ QURAN, DIA ANGGUK," LEPASTU CIKGU SURIANI CAKAP APA Lagi, "AWAK TIPU, AWAK BERDOSA, AWAK TAK DAPAT PAHALA", Marahnya sangat masani, sampai tak ingat nak cakap apa...memang rasa cikgu betul-betul masani.Lupa diritu. Anak-anak gelak!! Amanda siap cakap dahlah mak.Dia tak faham. Mak buat lawaktu!!

Eh. budak kereta sorongtu pandangaje dan dia terus pergi,(duit dah ambil masani) dia terus menyanyi Arab dengan kuatnya!!! Agaknya antara liriknya..."Anta kena tipu!!!" Mujurlah bukan anak muridku...Kalau tidak memang dah hantar kat Guru Besar . Tapi bila toleh nak tengok kelibat budaktu terpegun tengok pemandangan Wadi tu, Oh, rasa sejuknya hati...indahnya alam ciptaan Allah...dari mana datangnya air yang tenang dan menghijau-biru ini ya?Hujan tak turun-turun???


Tengok,



Tengok,




Tengok, tak jadi nak marah, indahnya alam


`Swimming pool' semulajadi...

by:

cikgu Sue a






4 comments:

Mother of Two said...

salam.....
cantik jugak tempat nie. hope one day dapat cuti2 ke oman. asik2 sampao border n u turn balik masuk dubai.

t linda said...

waaaa....hijaubiru air kat wadi tuh ek....teringin nyer nak p sana....
tunggu nak tanye k check nak p oman tak bulan 11 ka..ujung octka...tp takut nak tanye kat k check...takut dia terase ka....sedih gak ni....
p/s: sue...gambo durian dah update..p la tgk....kasik la komen ek...

aieenayan said...

Ka su,

cantiknye wadi....! lagi best daripada 'swimming pool', tanpa klorin lagih!

ShookranJazilan said...

Aieen, Linda memang best.Tq