Friday, July 25, 2008

SEPI ITU INDAH










Sepi itu indah...


Walaupun Sur ini kecil , tapi banyak tempat menarik yang boleh dilawati.Tak guna duit cuma duit minyakla. Tapi dari satu tempat ke satu tempat agak jauh.Kami ke Al ASkharah pula. Sebab ada orang kata tempatni agak sejuk. Lebih kurang dua jam perjalanan. Ada yang tanya sejuk ada saljike . Tidak.


Sepinya perjalanan .Seperti biasa macam kereta kami aje yang berada di jalan raya. Tempatni agak ulu dan masih lagi kampung sangat.Bila sampai ke kawasan rumah-rumah agak hairan sebab tak nampak orang. Rumah memang macam ada orang tapi susah nak nampak orang. Nampak juga jalan yang terputus sebab Taufan tahun lepas.Rumah yang kena ombak kuat tinggal separuh. Ngeri juga tengok.
Adala nampak satu lori keciltu nak tergelakpun ada simpatipun ada sebab belakang loritu ada beberapa perempuan pakai abaya tutup semua mukapun, duduk bersama dengan kambing. Kambingtu pulak warna hitam...jadi kena tengok betul-betul man
a satu orang mana satu kambing. Nak ambil gambar tapi tak berani.Takut dia tanya "siapa yang kambing!! . Di sini lagi ramai wanita yang bertutup semua. Orang di sini pandang kami macam hairan sangat...kamipun pandang dia orang macam hairan juga...macam orang planet tengok orang bumi lagaknya. Mungkin tak ada orang luar datang sini selalu.


Bila nak isi minyak kereta kena tunggu dalam kereta dekat sepuluh minit (di Omanni belum layan diri ,masih manja orang isikan minyak)Selalu terus orang bagi salam di tingkap kereta.Kalini kami yang kena turun cari orang untuk masukkan minyak kereta. Rasa peliklah kat tempatni. Sepi ...sampai cubit paha...hidup lagikah diri ini...bersastera pula.


Jadi tengokla gambar suasana yang sepi ini...kalau orang yang sedang keciwa janganla datang sini...

Sepi lagi.. Kami aje....di padang pasir yang anginnya bertiup kuat nampak pasir halus terbang. Tak boleh berdiri tegak.Bukit pasirpun cantik berbentuk bulan sabit.


(gambar bawah bentuk bulan sabit)
Unta menemani...kami panggil" unta-unta pandang sini...dia toleh!"Arab panggil `Jamal 'untani tapi Mat Salleh ubah jadi `Camel'.

Lorong-lorong yang sepi...kalau nak periksa baca buku kat sini memang lulus cemerlang. A sahaja. Bukan Lukisan... Tengoklah kapal berlabuh di sini. Tapi sunyi benar tempatni. Macam di langgar garuda. Macam berada di planet lain.


Kami terlepas Ke Al Jifan..... Tapi memang sejuk tempatni.Kami cuba tak pasang `air cond'.Angin sejuk memang terasa.Di sini baru nampak ramai orang sikit..Tiba lebih kurang pukul 11 pagi tapi terasa sejuk.Sehingga tengah hari masih sejuk.Oh..ada juga tempat sejuk di sini. KuasaMu Ya Allah.Adala sikit pokok hijau di sini. Kami cari tempat untuk makan tengah hari. Kami berhenti tepi pantai yang anginnya sangat kuat dan sejuk.Kami makan nasi lemak. Yang lucunya mula-mula jagala nasi lemaktu jangan masuk pasir.Tapi tak laratla...sebab anginnya kuat sangat. Sampai telur rebus kamipun diselaputi pasir.Kalau di Johor di panggil telur pindang telur kami bolehlah di panggil telur padang, pasir. ...Akhirnya kami makanla jugak nasi lemak berpasir. Sedap juga nasi lemak campur pasir pantai.Resepi baru. ReSEPI itu juga indah...


By Cikgu Sue

No comments: