Monday, July 28, 2008

Saturday, July 26, 2008

Horse

The motor I build my self

My book
yesterday i buy a skate board that skate board have a light and music but first i buy a motor that must build. i build that motor with my own. that skate board i bought because i help my father and mother. i like my motor and skate board. if my cousin rafiq,Danial and Marzuqi come to oman i can play with them.and yesterday night i,ali and my sister ride a horse .it very interesting and today i read the secret seven fireworks. this is the third book i read in oman. enjoy the picture.


Adam Zulkarnain
My skateboard

Friday, July 25, 2008

SEPI ITU INDAH










Sepi itu indah...


Walaupun Sur ini kecil , tapi banyak tempat menarik yang boleh dilawati.Tak guna duit cuma duit minyakla. Tapi dari satu tempat ke satu tempat agak jauh.Kami ke Al ASkharah pula. Sebab ada orang kata tempatni agak sejuk. Lebih kurang dua jam perjalanan. Ada yang tanya sejuk ada saljike . Tidak.


Sepinya perjalanan .Seperti biasa macam kereta kami aje yang berada di jalan raya. Tempatni agak ulu dan masih lagi kampung sangat.Bila sampai ke kawasan rumah-rumah agak hairan sebab tak nampak orang. Rumah memang macam ada orang tapi susah nak nampak orang. Nampak juga jalan yang terputus sebab Taufan tahun lepas.Rumah yang kena ombak kuat tinggal separuh. Ngeri juga tengok.
Adala nampak satu lori keciltu nak tergelakpun ada simpatipun ada sebab belakang loritu ada beberapa perempuan pakai abaya tutup semua mukapun, duduk bersama dengan kambing. Kambingtu pulak warna hitam...jadi kena tengok betul-betul man
a satu orang mana satu kambing. Nak ambil gambar tapi tak berani.Takut dia tanya "siapa yang kambing!! . Di sini lagi ramai wanita yang bertutup semua. Orang di sini pandang kami macam hairan sangat...kamipun pandang dia orang macam hairan juga...macam orang planet tengok orang bumi lagaknya. Mungkin tak ada orang luar datang sini selalu.


Bila nak isi minyak kereta kena tunggu dalam kereta dekat sepuluh minit (di Omanni belum layan diri ,masih manja orang isikan minyak)Selalu terus orang bagi salam di tingkap kereta.Kalini kami yang kena turun cari orang untuk masukkan minyak kereta. Rasa peliklah kat tempatni. Sepi ...sampai cubit paha...hidup lagikah diri ini...bersastera pula.


Jadi tengokla gambar suasana yang sepi ini...kalau orang yang sedang keciwa janganla datang sini...

Sepi lagi.. Kami aje....di padang pasir yang anginnya bertiup kuat nampak pasir halus terbang. Tak boleh berdiri tegak.Bukit pasirpun cantik berbentuk bulan sabit.


(gambar bawah bentuk bulan sabit)
Unta menemani...kami panggil" unta-unta pandang sini...dia toleh!"Arab panggil `Jamal 'untani tapi Mat Salleh ubah jadi `Camel'.

Lorong-lorong yang sepi...kalau nak periksa baca buku kat sini memang lulus cemerlang. A sahaja. Bukan Lukisan... Tengoklah kapal berlabuh di sini. Tapi sunyi benar tempatni. Macam di langgar garuda. Macam berada di planet lain.


Kami terlepas Ke Al Jifan..... Tapi memang sejuk tempatni.Kami cuba tak pasang `air cond'.Angin sejuk memang terasa.Di sini baru nampak ramai orang sikit..Tiba lebih kurang pukul 11 pagi tapi terasa sejuk.Sehingga tengah hari masih sejuk.Oh..ada juga tempat sejuk di sini. KuasaMu Ya Allah.Adala sikit pokok hijau di sini. Kami cari tempat untuk makan tengah hari. Kami berhenti tepi pantai yang anginnya sangat kuat dan sejuk.Kami makan nasi lemak. Yang lucunya mula-mula jagala nasi lemaktu jangan masuk pasir.Tapi tak laratla...sebab anginnya kuat sangat. Sampai telur rebus kamipun diselaputi pasir.Kalau di Johor di panggil telur pindang telur kami bolehlah di panggil telur padang, pasir. ...Akhirnya kami makanla jugak nasi lemak berpasir. Sedap juga nasi lemak campur pasir pantai.Resepi baru. ReSEPI itu juga indah...


By Cikgu Sue

Tuesday, July 22, 2008

Jalan Tepi laut dan UAE ( United Arab Emirates)

Jalan Tepi laut dan UAE

Kami balik Sohar sekejab.Membayangkan perjalanan yang jauh rasa penat.5 jam perjalanan bagi orang tua sepertiku ni memang meletihkan. Chewah, bila jalan jauhni rasa `orang tua'la. Tapi memang keadaannya macamtu di sini.Jauh-jauh. Kami bertolak pukul 11.55 pagi dan tiba di Sohar lebih kurang 4 lebih petang. Berhenti untuk buang air dan beli teh yang memang sentiasa di campur cardammon di sini. Dah ketagih minum teh cardammon di sini. Memang sedap. Baruje tahu cardamontu adalah buah pelaga yang kita masak di Malaysia campur dalam suptu..Dah pandai sekarang tumbuk banyak-banyak, bila buat teh letakla satu sudu kecil.Banyak khasiatnya. tapi tak tahu apa dia. Nantila kena cari maklumat khasiatnya apa.



Kalini kami balik dari Sur ikut jalan tepi laut. Betul-betul mencabar .Kereta kami jadi macam kereta pacuan 4 roda.Kami ikut kawan orang putih (dah masuk Islam) yang nak lalu jalan tepi lautni.Orang kata nak lalu jalan tepi lautni kena ada `4 wheel '.Kami beranikan juga naik kereta 5 `Wheelie' kami... Turun naik bukit kadang rasa macam nak tercampak ke laut.Bayangkan bila turun bukit tak nampak jalan tapi nampak laut dulu. Lautnya cantik sangat. Membiru... Berdebar. Setengah jalannya belum siap lagi jadi lalula jalan berbatu-batu. Banyak kali lalu jalan berbatuni! Anak-anakni kata macam naik kerusi urut kat rumah nenek.Ada yang kata macam naik `roller coaster'. Kepala pun turut bergoyang-goyang. Rasa nak menari Arab aje.Kadang lalu celah rumah orang.Ada waktu kami kata lepasni `apalah pulak!!'. Tapi nanti kalau Highway siap kami tak rasala pengalaman macamni. Yang terkejutnya `Highway'ni ada tol nanti. Tolnya tengah buat.Dah nak siap. Samala kat Malaysia nanti.

Jambatan yang dalam proses pembinaan di Sur.












Bukit yang menggerunkan...sebab jurang di bawahnya dalam sangat.



Bukit juga ada gua ada laut...


Ke United Arab Emirates (UAE)



Esoknya , pukul 8 pagi kami dah bersiap-siap nak pergi UAE, bukan ke Dubai tapi Al Ain,dekat sikit dari Dubai.. Kami sewa `4 Wheel Drive' dengan orang Malaysia suami isteri. Barula betul jalan jauh naik kereta pacuan. Belum mampu lagi nak beli. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih. Sebelumtu kena cek Imigresen untuk cop passport.Yang peliknya kami kena scan mata dulu. Heran juga. Adam kata ,"semua kena pakai cermin matake nanti?" Bila tengok dari Malaysia,pegawaitu terus puji, "Malaysia nice!! Nanti bulan depan dia akan ke Malaysia.Dia kata ramai orang baru kawin pergi honey moon ke Malaysia.Kitapun ceritalah Malaysia ada hujan. Sukanya dia...tersenyum lebar. Haritu repair `handphone 'orang kedaitu pun ada kata dia pernah pergi Malaysia. Malaysia `good and nice'. Dia suka pergi Penang.Ha! hebatnya Malaysiakan!!

4 Wheel Drive kami...


Lagi satu yang hebatnya rakyat Malaysiani kami tak perlu bayar kalau nak masuk UAEni. Satu senpun tak kena.Tapi orang Indonesia, Filipina, Thailand,Turki,Iraq dan ada lagi negara lain mereka kena bayar 100 dirham. (100 ringgit).Wah, untungnya kami.Ini adalah kerana perjanjian diplomatik yang dibuat antara PM dulu, dengan negara Arabni. Baruni ada sorang kawan cerita orang Indonesia cepat-cepat nak ke Dubai sebab bayaran dah dinaikkan 500 dirham. Bersyukur sangat-sangat jadi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia apakhabar sekarang!!!!!!!


Yang kelakarnya dia kata anak kami ramai , bagilah satu kat dia. Ramai?? Rasanya ramai sebab semuanya riuh rendah kat imigresentu . Ada yang nak ke toiletlah, ada yang nak isi borang sendirila, suruh mak dan pak dia bukak mata besar-besarla... (dia orang tak kena scan mata...nampak macam `frust')nak minumla, panasla...satu lagi orang imgresentu heran, bila Ali jawab nama dia `Man Laksa' bila ditanya.Bertuah betulbudakni!rasala ramai...cakap melayu pulak...agaknya dia nak suruh diam tak sampai hatikan..Kita fahamla...sendiri mengerti...







Makan di Al Jimi Mall.

Cantik dan indah tempatnya Al Ain. Tak banyak nampak bukit pasir. Banyak bangunan . Macam kat Kuala Lumpurla lebih kurang. Adalah tempat `sopping' yang besar-besar. Sampai tak tahu apa nak beli.Duit banyakkan. Yang kami hairan ada satu keluargatu letak anak dia kat kerusi permainan yang masukkan duittu lama betul. Kuda permainantu bergerak lama.Anak dia duduk bergoyang kat kudatuje sorang2. Lama betul anak dia tinggal kat luar. Kalau ada tengok cerita Mr Bean macamtula lebih kurang.Kecik dari Ali.Anak-anakpun kata `anak Mr BeanTu!' Mak dan ayah dia pergi `shopping' di dalam. Memang hairan sebab budaktu sorang-sorang lama di luar di kedai yang besar.Kalau kami ambil bagi kat orang Imigresen tu memang sempat sangat-sangat. Ituje la nak cerita...`Lepasni apalah pulak!!!'






Depan pasaraya yang besar Al Jimi Mall,dalam ada Carrefour.... Unta warna-warni.








BY.

Cikgu Sue.

Tuesday, July 15, 2008

WADI BANI KHALID DAN KERETA SORONG



Papantanda nak ke Sur. Guna route 23.



Kami masih lagi di Sur, tapi dah pindah ke rumah orang Malaysia Cik S dan Cik N yang baik hati . Mereka pulang bercuti ke Malaysia (seronoknye). Kalau baca blog yang dulu ke rumah merekalah kami pergi makan tengah hari pertama kali datang ke Sur.

Ikutkan risau juga yalah nak tumpang duduk rumah orang dengan kami lima beranak, lama pulak tu.. dok hotel seharipun orang dah komplen...duduk jugalah bila di kira tolak campur perkara-perkara yang lain. Yang paling menarik rumah mereka betul-betul tepi pantai. Memang cantik dan indah pemandangan belakang rumah mereka. Mereka gelar` motel marble hijau'. Moga Tuhan membalas budi baik cik berdua itu...


Kami rasa nak pindah ke Sur pula selepas pergi ke Wadi Bani Khalid. Wadi ni adalah tempat takungan air mengalir semulajadi. Ada mata air dari bukit. Kami bertolak pukul tujuh pagi dan tiba satu jam setengah kemudian.

Wau! perjalanan nak pergi turun naik bukit ala nak pergi Cameron Highland tu. Banyaklah nampak pohon kurma di sini. Kami mabuk kurma di sini. Dah musim.Tapi tak jemu makan.Bangun pagi makan kurma dulu. Orang Iraqtu pesan kalau nak elak kena sihir, kalau kita kata buatan oranglah, makan tujuh biji kurma dari subuh hingga sebelum zuhur setiap hari. Tapi Suriani makan adalah dekat tiga puluh puluh biji lebih sampai ke malam.Enaknya enaknya. Yang heran sakit gigi kalau makan kurma kotak walau sebiji , tapi makan kurma `fresh'ni tak pulak sakit gigi.Makanla banyak mana. Masa `repair handphone 'adalah orang kedaitu letak kurma dalam bekas jamu pelanggan makan. `Sadaqah' katanya.





Lihatlah pemandangan di Wadini.


Banyak orang yang datang termasuk Mat dan Minah Salleh. Mereka berkelah dan buat BBQ di sini. Katanya ada gua di sini.kami tak sempat pergi. Sebab malam kami nak bawa orang Malaysia ,kiranya kami macam `tourist guide' nak pergi tengok penyu kali kedua..

Marah

Sewaktu kami sampai di Wadini adalah budak-budak yang menunggu bawa kereta sorong sebaya Adam dan Ali. Muka kesian menengoknya. Mereka siap pelawa bawa barang dengan harga 500 baizar.Rasanya kami semua boleh bawa tapi kesian niat nak `sadaqah` berilah budaktu bawa barang dengan kereta sorongnya untuk sampai ke Waditu. Tak jauhpun lebih kurang 200 meter tapi jalannya agak membukit sedikit dengan ada laluan air semulajadi.
Nak tahu kenapa naik marah? Bila dah sampai di tempat Waditu dia minta 1 Rial.( RM 10). kami cakap pada dia,kata 500 baizar. Dia kata tak katapun. Dia minta juga 1 Rial .Anak=anaknipun sebut ya dia cakap 5 `hundred` baizar. Rasa geram sangat.Memang niat nak sedekahpun tapi niat dah jadi lain. Yalah kalau Cikgutu nak marah jugak kalau murid dia tak jujurkan!!! Jadi kita yang dah terror cakap Arabni ha ha taklah terror,konon nak cakap Arab!! cakap macamni kat budaktu," You MUSLIM, DIA ANGGUK.YOU READ QURAN, DIA ANGGUK," LEPASTU CIKGU SURIANI CAKAP APA Lagi, "AWAK TIPU, AWAK BERDOSA, AWAK TAK DAPAT PAHALA", Marahnya sangat masani, sampai tak ingat nak cakap apa...memang rasa cikgu betul-betul masani.Lupa diritu. Anak-anak gelak!! Amanda siap cakap dahlah mak.Dia tak faham. Mak buat lawaktu!!

Eh. budak kereta sorongtu pandangaje dan dia terus pergi,(duit dah ambil masani) dia terus menyanyi Arab dengan kuatnya!!! Agaknya antara liriknya..."Anta kena tipu!!!" Mujurlah bukan anak muridku...Kalau tidak memang dah hantar kat Guru Besar . Tapi bila toleh nak tengok kelibat budaktu terpegun tengok pemandangan Wadi tu, Oh, rasa sejuknya hati...indahnya alam ciptaan Allah...dari mana datangnya air yang tenang dan menghijau-biru ini ya?Hujan tak turun-turun???


Tengok,



Tengok,




Tengok, tak jadi nak marah, indahnya alam


`Swimming pool' semulajadi...

by:

cikgu Sue a






Tuesday, July 1, 2008

Penyu dan BULAN HARI JADI.

Penyu dan BULAN HARI JADI. 21 Jun 2009.Kami sambut besday Amanda di Sur ... dah pergi haritu, kalini akan duduk di Sur 2 bulan,atas urusan kerja. Rasanya segala ayam itik,periuk belanga nak bawa sebab nak duduk di Sur dua bulan. Paling tak boleh tinggal batu tumbuk.Itu penting sebab pakar yang nak memasak.Tinggal di hotel dulu sementara . Surni tempatnya lebih kecil dari Sohar , tempat kami tinggal tapi kawasannya sangat cantik dikelilingi laut...dan di sinilah kami dapat melihat penyu bertelur. Satu jam perjalanan baru boleh lihat penyu bertelur dan tempat penyu bertelurtu dinamakan Ras Al Jin!! Ras Adiba Radzi belum jumpa lagi tempatnya di sini ...





.

Pantai yang putih bersih tempat penyu naik, nampak batu tu Ali kata itu penyu raksaksake??

Indahnya suasana malam bila melihat penyu bertelur. Anak-anak punyalah hairan bila kata ini pertama kali mak tengok penyu bertelur. Siap cakap"mak , mak dah tua baru tengok penyu bertelur?" Tanya lagi, Tok Wan, Mak tok ,nenek semua dah tengoktak ha!!!Amboi, tuanya mak dia...ya 24 Jun 2008 bertambah lagi umurku... Alhamdulillah...Tuhan panjangkan umurku...antara nikmat umur yang bertambah rambut yang hitam dah ada kaler putih-putih sikit,dwi warnatu..nikmat yang ditarik matani..dah mula rabun dekat..ha kalau membaca huruf yang kecil kena bukak cermin mata..rabun dekat dan jauhlatu...tapi kalau difikir nikmat yang diberiNYA memang tak terhitung...Syukran.. Sambut harijadi di Sur..terima kasih semua..yang menjayakan majlis. ' ' Rasanya bulan Jun tahunni kami menyanyi `Happy Birthday 'paling kerap. Untuk memenuhkan masa cuti sebenarnya...bermula dengan Adam, Ali ,Amanda dan penutup Suriani. Bulan Jun kami empat beranak bolot semua.Selalunya buat sekali `round' sahaja.Sibuk selalu di Malaysia. Bukan membazir ya...

Tak ambil gambar penyu...ini pemandangan di waktu petang sebelum tengok penyu.Cantiknya.



Kembali kepada cerita penyu...dapatlah melihat penyutu mengeluarkan telurnya dan ia balik semula ke laut..masatu rasa sayu.....ialah "ibu" yang pergi, kami kena senyap,pandai pulak budak-budakni senyap, rasanya nak ikut sama masuk ke laut nak tumpang singgah ke Malaysia..sebab renjertu ada sebut antara negara yang penyutu akan pergi ialah Malaysia...
Tapi bila renjertu lepaskan anak-anak penyutu seramai lapan ekor rasa seronok sebab rasanya macam anak-anak murid darjah satu yang keluar berehat berlari-lari dengan gembira...kadang rindu saatini.. Rahsia awet muda... masani jugak teringat...rahsia awet mudaku.."Cikgu Sue,umur cikgu berapa?" masatu umur 31 tapi saja cakap umur cikgu 33 tambah dua tahun..`Wah, cikgu nampak mudala!!Macam belum 30 tahun!! Tapi sekarang..umur empat...puluh ...satu...ya empat puluh satu ya..tuan-tuan dan puan-puan ,rasanya tak sampai hati nak cakap... umur cikgu Sue 43!! Takut pulak, owh nampak cikgu Sue lima puluh satula .Kadang murid darjah satuni jujur juga.Tapi usia adalah satu angka ia tak menuakan kita, ia memuliakan kita jika kita tahu membawanyakan?

Panjat bukit...cari duit...

By Cikgu Sue