Sunday, June 28, 2009

Jiran datang...

Baru ini jiran datang rumah...jiran ini adalah Cikgu Iraq yang mengajar Bahasa Arab dulu...Suami dia di sini..Dia datang bercuti ke sini kiranya...Dia datang pada 24 Jun tau...kebetulan dia bawa..baju untuk kami anak beranak...dapatlah lagi Abaya...terima kasih...(hadiah besday tu)

Dia kata di Iraq tak sesenang di Oman...elektrik terpaksa di catu ...dapat bekalan 6 jam sahaja...dua jam pagi, dua jam petang dan dua jam malam...Kadang dapat sepuluh jam bersyukur sangat..Cuaca pula panas sama macam di Oman...Mereka guna generator..Dia kata di Malaysia adatak macamtu....Orang Malaysia jawablah...

Dia kata...tak tahu bila suasana di Baghdad, akan aman sebab dia mengajar di sana...dia menyewa apartment Saddam Hussin yang bina dulu...Rumah dia ada besar..tapi jauh dari sekolah dia...barang-barang rumah dia semua kena disimen...letak macam bawah tanahtu..

Dia kata...sebelum tidur dia selalu risau sebab anak dia bekerja di Selatan Iraq dan di sana selalu ada bom juga..anak dia jurutera...

Dia kata bila anak bongsu dia dah habis belajar di universiti Baghdad, dia akan duduk di Oman...Tapi dia masih sayangkan Iraq.Dia juga kata dia suka buat kuih, ada di ajar dulu..tapi di Iraq kalau nak buat kuih kena buat banyak2 dan hantar ke kedai untuk dibakar! Kalau tak ada elektrik kuih tak boleh diambil...

Rasa terkedu dengar...sebab sekarang merasa ada elektrik, ada pemusing kuih ada ovenpun ada segalanya....tak buat kuih.....Buatlah juga...tetapi ...bersyukur ya syukur ya kur !!

By,
Cikgu Sue

3 comments:

Anonymous said...

Salam...rasanya orang Asli di Pahang boleh jawab ,tapi org di Sabah Sarawak yang di pedalaman tak taule...

Anonymous said...

Jika negara yang maju hendak kembali mundur dengan bercakaran dan berbunuh sesama sendiri, itulah padahnya. Tak berguna ada pembangunan.... buat abih boreh jo! ...bersyukur banyak-banyak. MC

ShookranJazilan said...

MC..mini cooper...itula pasal..jangan habis kan boreh..simpan sikit..berjimat sebelum habiskan...jgn bercakaran...sapa yg rugi..kita jugak...bangsa lain dah kayadah..tq mini...