Monday, June 8, 2009

Kurma bermula

Gambar ini di ambil depan pintu hotel(bilik pameran) di Muscat


Dua lori pindah barang.Tak tahu mana datangnya dua lori...barang sikit aje!...
Sehari sebelum pindah tu kami ke Muscat..sepatutnya ada perjumpaan rakyat Malaysia..tapi tak sempat nak pergi..
dapo..impianku..tunggulah nanti..dapopun kena ada 'air -cond'(atas)

Tapi kami sempat pergi ke pameran Malaysia ,universiti di Malaysia yang ingat UKM, MMu (Linda napa MMu antar wakil org Thai??), UPM,Uitm, Universiti Kuala Lumpur ,Mas dan ada beberapa lagi.

Seronok jumpa orang Malaysia...dalam 8-10 orang...salah sorang adalah seniorku masa Sekolah Convent dulu, Dr Zuraidah Abd Wahab, yang baik hati(dah jadi profesor,Cikgu Suriani bila lagi? )apalagi kami berjejak kasihlah...tambahan adik ipar beliau adalah rakan sekelas... ada bergambar..tapi rasanya kalini tak jelita gambarku itu...

Tapi soalan yang selalu mereka akan tanya." eii macammana boleh tahan panas kat
sini?Anak-anak ok ke tak panas?Mandi macammana? Jawablah apa yang patut....

Memangla masa nak mandi macam mandi air dari cerek panas...letak air dalam baldi /bath tab dulu atau mandi cepat2...Walaupun mandi air dari telaga..musim panas ia tetap panas...

Nak basuh pingganpun fikir 2, 3 kali.... Basuh,jangan longgok pinggantu!

Tapi kuasa Allah..diberi musim panas yang amat tapi dijadikan musim kurma
berbuah...wow..masa sedang mengemas barang..kalau penat ....masanilah cari barang tak jumpa, dahlah panas...Tetapi..bila nampak buah kurma...,makan buahtu..terus rasa lega..sedapnya..manis pula..hati panaspun jadi sejuk!!! Benar sekali..Alhamdulillah ...kurma segarlah yang kami rindui nanti bila kembali ke Malaysia....


Dua hari sebelum pindah juga kami jumpa rakan dari India,pensyarah manakala suami dia doktor gigi,bersama 2 anak ....dia nak tahu pasal Malaysia...dia akan bercuti ke Malaysia 3 Jun nanti.Dah di Malaysia sekarangpun..Dia tanya mana tempat yang menarik?...Ha...apa nak jawabni..Dia ada kata mak dia lamaaa dulu ada ke Malaysia..

Antara jawapan yang kami kata , kat Malaysia ada KLCC. Putrajaya ,Pulau Langkawai dia tahu itu..dan..kami kata ada Batu Caves( walaupun diri sendiri tak pernahlah sampai ke sana)..

Dia kata naik apa ke Batu Caves? Jawab kat dia naik LRT (ada ke terus sampai sana!!, kalau ada terus masuk dalam gua ke?Teruknya cikguni!!Tapi kata kat dia naik teksilah senang. ..Dia kata hari pertama sampai dia akan ke Batu Caves sendiri (hebatnya promosi oleh kami!!)sebelum mereka ke Genting Highland bersama travel agensi ..harap dia berbahagia di Malaysia , dan tak sesat di Batu Caves....

Adam 10 tahun ( 4 Jun)

By,
Cikgu Sue (merangkap doktor pelancongan)

3 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Jadi kepada Adam (4 Jun 2009) dan Ali (8 Jun 2009) dari keluarga di damansara. Love u all very, very much. muah, muah....MC

t linda said...

haah kan..bulan june ni....ramai2 nyer hari jadik....adammm and ali...heppy belated besday....lepas nih sue plak kan....di ikuti ngan amanda....so....heppy besday to the whole family...kecuali zul la kan...hehehehhe
Ps: mmu kan university antarabangsa...tu pesal dier anto wakil dr thailand....heheheheh

ShookranJazilan said...

MC n TL...terima kasihla rajin mengikuti.....dan mengucapi....salam kasih juga pd semua di Malaya...
TL...tak perasan plak mmu tu antarabangsa...yalah..genap adam 10 tahun genap jugak mmu 10 tahun di cyberjaya...lindapun dah 10 tahun lebih di mmu...kekalnya...sampai bersara ya? Tunggu su jadi lecturer di sana ya , InsyaAllah...Amin