Friday, February 12, 2010

Ada sejarah di sini...


Kami ke tempat yang betullah ....Kami ke Salalah lebih kurang 1000 lebih km dari Sohar atau 12 jam berkereta. .Salalah ni masih dalam negara Oman ...di mana tempat Sultan Qaboos dilahirkan, Sultan Oman...Ibu beliau juga dikebumikan di sini...ewah banyak dah kutahu sejarah Oman, lagi lama sini adakah akan kulupa sejarah Malaysia?


Kalau naik kapal terbang...lebih kurang dua jam sahaja.
Hari pertama kami melawat Nakam Nabi Ayub (a.s)...Jalan ke Makam agak berbukit,berbelok-belok, dan indah sekali pemandangan...

Sepanjang jalan banyaknya kami terserempak dengan 'traffic jam' kumpulan unta..Tapi sukalah kerana bila lagi nak merasai unta didepan mata, depan kereta?. Kalau jem betul2 hilang rasa sabar...pandang muka unta rasa kasih tumpah pada unta ini...yalah haiwan ..apalah mereka tahu...harap kasih merekapun tumpah pada kami sempena Hari Kekasih yang bakal mendatang ini...

Unta yang sabar....




Jalan menuju ke Makam Nabi Ayub (a.s)

tapak kaki Nabi Ayub (a.s) yg disimenkan...memang panjang


Di makam ini juga ada Masjid lama dimana ada dua arah kiblat..yang lama menghadap Baitul Mukadiss (Jerusalaem) dan yang baru menghadap Arab Saudi.(sebelah kiri)


AL Fatihah..menurut orang yang memberi penerangan kubur ini agak panjang kerana katanya orang dulu-dulu memang tinggi..kalau diikut saiz tapak kaki Nabi Ayub (a.s) memang tinggi (gambar atas).


Makam Nabi Umran (Imran) (a.s) bapa,kepada Nabi Musa (a.s). Makamnya lebih panjang lagi dari Nabi Ayub(a.s).

Sempatlah kami singgah makan di Restoran yang diberi nama sempena Nabi Ayub (a.s).




Ini makanannya...atas bukit...sejuk.Bukan makanan yang sejuk, cuaca!

Selepas itu kami turun bukit..dan singgah di taman rekreasi...naik bukit balik..indah pemandangan dan rasa masa ni seperti di Korea...itu....pelakon Korea...

Bergambar bersama penyanyi dan penari Kazakhstan

Malamnya tak sangka kami dapat menikmati teater dari Kazakhstan ..beronggenglah pulak!
Di sini kami jumpa orang Malaysia dua keluarga...kata seorang kakak yg pernah melawat Oman..kalau jumpa orang Malaysia...hmmm macam jumpa emas...memangla..orang Malaysia kan baik -baik...dan ada orang luar cemburu celik tau..bagaimana orang Malaysia boleh mesra alam bila bersua...


Hampir jam 12 malam kami pergi pula..ke kedai makan rakyat Malaysia yang telah menetap hampir 23 tahun di Oman.. dang dang dut tali kecapi..kenyang perut senanglah hati...
InsyaAllah sambung lagi siri kedua melawat tempat kelahiran Sultan Qaboos ini...
Bersama orang Malaysia yang dah 20 tahun lebih di Oman...


By,
Cikgu Sue

8 comments:

Anonymous said...

Jauh perjalanan, luas pemandangan, ramai kenalan....best belajar sejarah secara 'first hand information'... terlioq tengok nasi 'mandi'....mc

jue said...

rajin nye akak jalan2 ye..jue blom pegi salalah lagi...bile fikir jauh tu rase letih jer...hahahahaaha...:)

Masnira Ramli said...

akak jumpa sri n azizul ek? kwn eira gak tu... hehehe.... teringin gak nak g salalah... masih dlm perancangan. belum tau bila.

ShookranJazilan said...

Tulah..jauh berjalan..penatlah kaki...kuar lah duit tambahlah ilmu...
seronok gak belajar sejarah..tapi hati2 nak kena tulis..n kena buat research I you tau he he.......tapi seronok cam buat asgnment...
nanti adindamu masak nasi mandi manda bila pulang ke Malaysia...jgn risau!Syukran Jazilan.

ShookranJazilan said...
This comment has been removed by the author.
ShookranJazilan said...

Jue...bukannya rajin jue...mana lagi nak pergi kat Oman ni..sohar muscat muscat sohar selalulah itu ... ...mesti pergi..baru boleh nilai sendirikan...sekali pergi okeylah...memang jauh tempat2...kat Oman ni rasanya pergi Lulu aje dekat sikitkan..kan.Syukran jue..

ShookranJazilan said...

Eira..akak jumpa merekalah..tukan ada gambar Sri sikittu...mereka tanya mcmmana kenal eira ..kak supun tanya mcmmana Sri n Azizul kenal Eira juga?
Kena pergi Salalah Eira bawa kereta baru tentu lagi best..atau naik flight aje...kalau dah pergi boleh kita kongsi cerita...
Syukran Eira..

aliza said...

Salam,
Seronok baca cerita pergi Salalah, dapat tengok gambar kawan pula tu, dah dua tahun tak jumpa k.Norisah tu.