Wednesday, February 17, 2010

Alam Misteri ...




Rasa suspen melanda pada hari kedua di Salalah. Kami melawat sebuah tempat prasejarah , sebuah istana lama..bermacam-macam teori yang dibaca dan didengar.Misteri?

Sewaktu hendak mencari tempat ini kami tersesat dan bertanya kepada orang bagaimana hendak pergi ke Khor Rori (Sumhuram) ....... .Ada seorang orang Oman (pandang semacam) berkata tak perlulah kami pergi ke tempat itu...Tapi bila dia dengar kami orang Malaysia ,dia kata tak apa pergilah.


Pelik juga kerana jalan masuknya tak bertar,banyak -batu...hinggalah tiba ke pintu gerbangnya dimana bayaran dkenakan 2 Rial..

Menarik tempatnya tepi pantai yang berteluk berlatar air terjun dari wadi (bagiku di Oman semua kena jadikan menarik supaya tak ada tempat yang menolak...) Antara cerita ia merupakan Kerajaan Raja Sulaiman(King Solomon) hendak membina istana kepada Puteri Balkis.(Queen Sheba..ada cerita wayang dalam 'Indiana Jones')Mungkin juga Nabi Sulaiman (a.s)..menurut sejarah ada dalam Bible dan Al-Quran..Wallahualam.

Cerita lain adalah Khor Rori ini adalah sebuah pelabuhan terpenting... 3000 tahun yang lalu, berlaku penyebaran bahan wangian dari pokok Frankincense kepada kerajaan2 kuno zaman dahulu seperti Babylon dan India serta untuk Raja Firaun. Pokok ini banyak terdapat di Salalah. Pokok ini agak unik di mana ia mengeluarkan getah wangi seperti kemenyan ,boleh dimakan dan boleh dibakar.


Tempat ini tak lah besar tapi anak-anakku yang bertiga itu boleh kehilangan kami dan dua kali Amanda telefon cari tak jumpa...macamamana boleh sesat? Rasanya tak besar...Siap mereka bergaduhlah kat situ cari mak dan paknya..sorang kata sini dua orang kata sana...Rasakan !


Rupanya ada Mat Salih yang pergi katanya dia tak boleh masuk ke sana..dia rasa semacam ,bulu roma naik, dan ada orang pernah ternampak serigala di situ...dan khabarnya sebulan sekali jaga di situ bertukar Wallahualam...



Bahagian hadapan


Tempatnya amat cantik...tapi agak sunyi...kalau nak pergi,pergi ramai-ramai, bawa hand set dan pergila siang hari ya..tapi kalau berani pergila waktu malam pasti akan kutabik 'spring roll' pada kalian...


Ini bahagian belakang. Ada beting pasir ....



Dalam petak2 ni lah kami putus hubungan sekejab bersama anak-anak...


Ini pintu masuk..di pintu ni ada tulisan yg diukir pada batu




dan tak tahu tulisan apa...


Bahagian tengah..ada ruang seperti bilik tamu,terowong kecil, bilik air..

Malamnya orang Malaysia ,Kak Rosnah and the gang jamu kami makan sambil meraikan pengantin baru....Terima kasih...
InsyaAllah sambung lagi siri terakhir kami di Salalah....sebelum kembali ke alam nyata...
Apa itu alam nyata ya Suriani?

Siram pokok, kejar ayam, masak, kemas rumah,
tengok tv...baca buku,tulis buku...eh tulis blog...
bersilat dengan anak-anakku...bersilat dengan kain bajuku...
Hmmm apa lagi ya?

By,
Cikgu Sue

3 comments:

Anonymous said...

jgn biarkan hidup anda diselubungi misterrriiii.....

ShookranJazilan said...

Okey....

ShookranJazilan said...
This comment has been removed by the author.