Friday, October 22, 2010

Jual, Pergi tak kembali!


Hari terakhirnya....




Minggu ini..seperti dilanda gelombang kesibukan yang ketara...

Pagi: Selasa 19 Okt-letak iklan jual barang rumah di sebuah tempat..
wow..mencurah-curah panggilan masuk ke kamar telinga kami...
hampir 20 panggilan hari itu sahaja!
yang bertanya ...
yang sesat rumah
dan..yang datang ke rumah!
ada yang takk tahu rumah terpaksa ambil mereka...
di simpang mana-mana...

Ya Allah...mereka datang dan pergi
melihat barang rumahku
masuk segenap ruang rumahku
...beri penerangan sikit-sikit
dan setiap tetamu itu kami jamu air tau!
Fuyoo,pelbagai gelagat manusia!
macam 'open house' pun ada...
siap pesankat anak2
senyum pada semua yang datang!
rezeki nak masuk!
"mak nak business ni!"
walhal tak semua yang nak beli pun...sabar!

rasa..bagaikan
agen penting jualan barangan ..
pentingkah aku di kala ini?

dan mulai hari itu...dan di saat berita ini ditulis..
panggilan masih masuk
hari makin suntuk...kami makin sibuk!
sempat masak nasi..tapi tak berlauk!
Benar!

7 malam :19 Okt,juga letak kereta hijau itu di Souk..(letak iklan utk dijual)
tinggalkan telefon di rumah untuk dicas
balik ke rumah hampir pukul 11..
tengok telefon ada 8 missed call...


9 pagi : 20 Okt..hampir 5 panggilan bertanya pasal kereta itu...
dan pada hari itu juga kereta itu terjual!
Lega satu perkara..
tapi .semasa kereta itu dibawa pergi..
kesedihan sedikit melanda,

kereta itu ibarat nadi..bawa kami ke serata Sohar...
hantar dan ambil anak-anak ke sekolah..
mengikut laluan pantai yang nyaman,
bawa telur ayam nan sebiji itu dahulu!...
ia pergi tak akan kembali!

Hati terubat!
... (20 haribulan 10) kereta itu terjual
hari ini(21.10) pula ayam bertelur dua biji di hadapan rumah kami!
SubhanaAllah..bertelur atas batu juga..di celah himpunan barang!
Menjerit anak-anak..riuh sekampung lagi!
.. Ali kata

"Mak ambiklah telur tu"
Tak apake mak ambik?!!
"Kita nak balik Malaysia dah"
'Kalau kita biarkan telur tu sapa nak jaga!
Anakku...selama ni telur-telur di Omanni mak ke yang jaga??
Amanda sempat mencelah.
"Mak telurtu " not for sale "tau! "

Amboi, perli ya!
Mentang-mentang mak mereka 'busy' menjual segala..
Eh, bagus juga ideatu!!..
rasanya nak jual juga telur ayam kampung Oman yang berdua itu..
ada siapa nak beli?


Huh, nak jual juga telur ni....


Di celah2 kesibukan ini sempat buat 'kenduri' kecil pulut kuning panggil teman Malaysia,Singapura, yang dekat rumah!
(Alhamdulillah, Adam naik Al-Quran)


Mereka datang bawa makanan, pizza,ais krim, bawa kek ...


Kek dari Joanna dan Rizal....'We'll miss U in Oman'...terima kasih, Aduhai! !!

Oleh,
Cikgu Su










8 comments:

Anonymous said...

Kena jual juga dia! Sedihnya tengok kereta hijau tu memang banyak jasanya....Ada 'ong' ayam bertelo 2 biji tu..."tuah ayam nampak dikaki (telo?), tuah manusia siapa tahu". Harap2 jualan barangan nanti akan dapat biaya tambang bawa balik barangan dari sana.MC

Masnira Ramli said...

kak su, balik msia bape hb? eira n muhd pun smpai hujung tahun ni jer.. insyaallah januari next year kami pindah ke mekah... :)

t linda said...

linda tumpang sedey la bace entry kali ni...sedeyy sue nak balik dahh tapi linda tak jugak dpt p oman..sedeyynyerrr...waaaaaa...
semester baru ni ingat tak byk kelas..tapi berduyun2...ari senin selase ngan jumaat ade kelass..saja jek tak kasik aku ami cuti lelama...
tak pe la...bile sue dah balik sini..kot2 la nak g jenjalan ke oman balik..mase tu ajak la linda ek...harapan ku masih menggunung...insyaAllahhh...aminnnn

Anonymous said...

hu hu.....hanya taqdir menentukan ia..belaian jiwa....nak beli telur ayam oman 20 biji sues..

ShookranJazilan said...

Kak C...itula pasal ada kenangankan kc dalam keta hijautu..,
tuah ayam nampak di kaki..terpijak tahi ayam kena hati2lah....jualan barangan boleh buat modal berniaga kan, harap semuanya akan berjalan lancar doakan ya!
o ,,ya ayamtu dah bertelur 4 biji setakatni, rezekila tu,kami tak payah beli telokan! Tq

ShookranJazilan said...

Alhamdulillah eira,sronoknya dapat bertugas di Mekah,bila kita dapat bersua lagi ya..semoga terus berbahgia di tempat orang....jaga diri baik -baik ok!

ShookranJazilan said...

linda..supun tumpang sedey..sebab nanti linda tak dpt komen blog cerita su di oman lagi..wa caya lu..
alah linda ,klu tak ada banyak kelaspun su rasa linda tak sampai gak ke oman,nnti ada kelas karate pulaklah,kelas gossip lah,,kelas main game kat fblah, kelas ikeala, kelas cat walkla.,dan kelas sewaktu dgnnya...
ya..linda,kita tak akan dapat apa2 klu asyik bersedeykan ..ada rezeki linda pergi sekali jalan2 dgn su ya...harapan linda setinggi gunung Fujiyama ke Linda?Su setinggi bukit fraser aje..."Time takes no holiday" Linda,!If you want time,u must make it!Once u've lost it u can never get it back!..ini ingatan tuk su juga..! syukran..

ShookranJazilan said...

terima kasih ..hu..hu..suka lagutu.."kau tahu betapa kusayang..padamu...oh belaian jiwa"..hmm..klu sayang oman sayang lagi Malaysiakan..oh angin sampaikan laguku padanya yang...

klu nak telo ayam oman kena tunggula ia bertelo hingga 20 biji..tapi tak ada maknanya nak bawa balik ,kirimla benda lain yang tak akan pecah!
syukran !