Wednesday, February 24, 2010

Ada lagi...



Ini ada lagi gambar pasal Salalah.MasyaAllah tak habis-habisnya bercerita mengenai Salalah..Yalah kalau tak bercerita otakku akan beku....jika otakku beku maka segala-galanya yang ada padaku jua akan beku...
Tak salahkan...syok sendiri...lagipun ini sebagai catatan diari juga..nanti boleh cerita pada cucu "nenek dah sampai Salalah, kat Oman cu..."

Jadi sebagai satu terapi kebahagiaan (menurut versi Suriani)...kita mesti menulis..dan membaca...

Menulis itu bahagia.., bahagia itu..membaca balik apa yang kita tulis! Benarkah duhai teman?

Hari terakhir di Salalah...




Ke AL Marnif Cave...wow sungguh cantik...cantik dari Batu Caves kot.



Marnif Cave ni jalan depan lagi..sampai Yemen (takut Ooo)

Kami mencari jalan magnetik tapi tak jumpa-jumpa..menurut cerita jalanni bila freekan gear kereta, kereta akan bergerak sendiri ,bila menaiki bukit ..jadi tengok peta aje ya..






Ada 'Blow Hole Beach' semulajadi tapi masa ni air panjut dari laut tak keluar.



"Sini samakan macam Malaysia,mak! Sama kan nak!"



Menara jam
Jalan ke airpot..banyakkkk pokok kelapa ,air kelapapun ada dijual...

Okey dah habis cerita pasal Salalah, tempat yang orang Oman kata... lebih indah pada musim panas...(sebab kami pergi musim sejuk) menurut anak -anak pula...
Salalah sebiji macam Malaysia...
kalau kata sebiji macam New York, Hiroshima ke pun tak logik mereka tak pernah ke sana...tapi rasa-rasanya banyak tempat yang kami pergi asyik kata macam Malaysiakan mak!...hmmm Malaysia dekat di hati....huwa!



By,
Cikgu Sue

Wednesday, February 17, 2010

Alam Misteri ...




Rasa suspen melanda pada hari kedua di Salalah. Kami melawat sebuah tempat prasejarah , sebuah istana lama..bermacam-macam teori yang dibaca dan didengar.Misteri?

Sewaktu hendak mencari tempat ini kami tersesat dan bertanya kepada orang bagaimana hendak pergi ke Khor Rori (Sumhuram) ....... .Ada seorang orang Oman (pandang semacam) berkata tak perlulah kami pergi ke tempat itu...Tapi bila dia dengar kami orang Malaysia ,dia kata tak apa pergilah.


Pelik juga kerana jalan masuknya tak bertar,banyak -batu...hinggalah tiba ke pintu gerbangnya dimana bayaran dkenakan 2 Rial..

Menarik tempatnya tepi pantai yang berteluk berlatar air terjun dari wadi (bagiku di Oman semua kena jadikan menarik supaya tak ada tempat yang menolak...) Antara cerita ia merupakan Kerajaan Raja Sulaiman(King Solomon) hendak membina istana kepada Puteri Balkis.(Queen Sheba..ada cerita wayang dalam 'Indiana Jones')Mungkin juga Nabi Sulaiman (a.s)..menurut sejarah ada dalam Bible dan Al-Quran..Wallahualam.

Cerita lain adalah Khor Rori ini adalah sebuah pelabuhan terpenting... 3000 tahun yang lalu, berlaku penyebaran bahan wangian dari pokok Frankincense kepada kerajaan2 kuno zaman dahulu seperti Babylon dan India serta untuk Raja Firaun. Pokok ini banyak terdapat di Salalah. Pokok ini agak unik di mana ia mengeluarkan getah wangi seperti kemenyan ,boleh dimakan dan boleh dibakar.


Tempat ini tak lah besar tapi anak-anakku yang bertiga itu boleh kehilangan kami dan dua kali Amanda telefon cari tak jumpa...macamamana boleh sesat? Rasanya tak besar...Siap mereka bergaduhlah kat situ cari mak dan paknya..sorang kata sini dua orang kata sana...Rasakan !


Rupanya ada Mat Salih yang pergi katanya dia tak boleh masuk ke sana..dia rasa semacam ,bulu roma naik, dan ada orang pernah ternampak serigala di situ...dan khabarnya sebulan sekali jaga di situ bertukar Wallahualam...



Bahagian hadapan


Tempatnya amat cantik...tapi agak sunyi...kalau nak pergi,pergi ramai-ramai, bawa hand set dan pergila siang hari ya..tapi kalau berani pergila waktu malam pasti akan kutabik 'spring roll' pada kalian...


Ini bahagian belakang. Ada beting pasir ....



Dalam petak2 ni lah kami putus hubungan sekejab bersama anak-anak...


Ini pintu masuk..di pintu ni ada tulisan yg diukir pada batu




dan tak tahu tulisan apa...


Bahagian tengah..ada ruang seperti bilik tamu,terowong kecil, bilik air..

Malamnya orang Malaysia ,Kak Rosnah and the gang jamu kami makan sambil meraikan pengantin baru....Terima kasih...
InsyaAllah sambung lagi siri terakhir kami di Salalah....sebelum kembali ke alam nyata...
Apa itu alam nyata ya Suriani?

Siram pokok, kejar ayam, masak, kemas rumah,
tengok tv...baca buku,tulis buku...eh tulis blog...
bersilat dengan anak-anakku...bersilat dengan kain bajuku...
Hmmm apa lagi ya?

By,
Cikgu Sue

Friday, February 12, 2010

Ada sejarah di sini...


Kami ke tempat yang betullah ....Kami ke Salalah lebih kurang 1000 lebih km dari Sohar atau 12 jam berkereta. .Salalah ni masih dalam negara Oman ...di mana tempat Sultan Qaboos dilahirkan, Sultan Oman...Ibu beliau juga dikebumikan di sini...ewah banyak dah kutahu sejarah Oman, lagi lama sini adakah akan kulupa sejarah Malaysia?


Kalau naik kapal terbang...lebih kurang dua jam sahaja.
Hari pertama kami melawat Nakam Nabi Ayub (a.s)...Jalan ke Makam agak berbukit,berbelok-belok, dan indah sekali pemandangan...

Sepanjang jalan banyaknya kami terserempak dengan 'traffic jam' kumpulan unta..Tapi sukalah kerana bila lagi nak merasai unta didepan mata, depan kereta?. Kalau jem betul2 hilang rasa sabar...pandang muka unta rasa kasih tumpah pada unta ini...yalah haiwan ..apalah mereka tahu...harap kasih merekapun tumpah pada kami sempena Hari Kekasih yang bakal mendatang ini...

Unta yang sabar....




Jalan menuju ke Makam Nabi Ayub (a.s)

tapak kaki Nabi Ayub (a.s) yg disimenkan...memang panjang


Di makam ini juga ada Masjid lama dimana ada dua arah kiblat..yang lama menghadap Baitul Mukadiss (Jerusalaem) dan yang baru menghadap Arab Saudi.(sebelah kiri)


AL Fatihah..menurut orang yang memberi penerangan kubur ini agak panjang kerana katanya orang dulu-dulu memang tinggi..kalau diikut saiz tapak kaki Nabi Ayub (a.s) memang tinggi (gambar atas).


Makam Nabi Umran (Imran) (a.s) bapa,kepada Nabi Musa (a.s). Makamnya lebih panjang lagi dari Nabi Ayub(a.s).

Sempatlah kami singgah makan di Restoran yang diberi nama sempena Nabi Ayub (a.s).




Ini makanannya...atas bukit...sejuk.Bukan makanan yang sejuk, cuaca!

Selepas itu kami turun bukit..dan singgah di taman rekreasi...naik bukit balik..indah pemandangan dan rasa masa ni seperti di Korea...itu....pelakon Korea...

Bergambar bersama penyanyi dan penari Kazakhstan

Malamnya tak sangka kami dapat menikmati teater dari Kazakhstan ..beronggenglah pulak!
Di sini kami jumpa orang Malaysia dua keluarga...kata seorang kakak yg pernah melawat Oman..kalau jumpa orang Malaysia...hmmm macam jumpa emas...memangla..orang Malaysia kan baik -baik...dan ada orang luar cemburu celik tau..bagaimana orang Malaysia boleh mesra alam bila bersua...


Hampir jam 12 malam kami pergi pula..ke kedai makan rakyat Malaysia yang telah menetap hampir 23 tahun di Oman.. dang dang dut tali kecapi..kenyang perut senanglah hati...
InsyaAllah sambung lagi siri kedua melawat tempat kelahiran Sultan Qaboos ini...
Bersama orang Malaysia yang dah 20 tahun lebih di Oman...


By,
Cikgu Sue

Sunday, February 7, 2010

Hari Baru








Ini gambar2 di masjid Abu Dhabi...Masjid Sheikh Zayed bin Sultan al Nahyan dimana Sheikh Zayed dimakamkan di sini . Sheikh Zayed merupakan Presiden UAE dari 1966 hingga 2004.Bulan lepas juga Perdana Menteri Malaysia melawat ke Masjid ini.

Cantik dan syahdu itu perkataan yang mampu digambarkan...

Walaupun bertudung kena pakai abaya juga..dan abaya ini berbau wangi..sekali aje pakai kemudian mereka basuh...



Ramai-ramai



Bergaya...semua wanita solehah itu...



Itu para pemimpin UAE ambil gambar di Imigresen mereka.Masa di sini kena cek mata...tak tahu kenapa? Bila masuk ke UAE rakyat Malaysia tak kena bayar berbanding negara lain seperti Filipina, Indonesia, Thailand banyak juga bayarannya.

Dan nak ambil kesempatan di sini ucap Selamat Hari Jadi buat ayah Shariff Saad yang ke 72 pada 8 Februari , (bersamaan tarikh lahir Tunku Abdul Rahman (Al Fatihah) ) semoga ayah diberi kesihatan yang baik...
Walau kini terasa ayah kurang dah sms anakmu ini... ayah kata mata tak nampak...bersabar ayah...Allah menduga kita...hanya doa yang mampu kuberi..

Masa post blog ni rasa badan bagai dipukul...tekak perit , macam nak demam berjalanpun macam orang tua...macamlah kita muda lagi... gigipun rasa nak longgarni...lama dah tak rasa macam ini...

Dua hari lepas kami baru pulang dari Salalah nanti cerita ya bila dah sihat ...ada Makam Nabi Ayub, Makam Nabi Salleh dan Makam Nabi Umran...

Okey Moga hari-hari yang kita tempuhi membawa keceriaan, kebahagiaan dan jangan lupa sentiasa memaafkan semua orang .Setiap hari adalah hari yang baru! Bersyukur dengan kehidupan ini...




By,

Cikgu Sue


Tuesday, February 2, 2010

Bintang-bintang berkerlipan...


Mengapa amik gambar beg kertas ini? Beg kertas hotel. Bila nampak beg kertas ini maka ternampaklah bintang-bintang . Inilah 5 bintang sebenarnya yang kunampak waktu pergi bercuti.


Ini hari dan tempat terakhir kami bercuti iaitu di Sharjah .Bandar Sharjah ini melaui Dubai dahulu.Dekat dengan Dubai. Hotel di sini agak murah ,murahlah sikit berbanding dua hotel yang kami menginap di Al Ain dan Abu Dhabi. Bandarnya pula lebih besar dari Muscat .

Di Sharjah ini ada banyak tempat menarik tetapi kami hanya pergi ke Souk nya yang boleh dikatakan menarik dikenali sebagai 'Blue Souk'.Tak puas rasanya berjalan dalam souk ini dan harap dapat datang lagi...Barang-barangnya murah berbanding di Muscat .Kurang sikit barang dari China banyak dari Mesir, India ,Pakistan ,Yaman dan Afghanistan.

Ada satu gedungnya pula jual abaya dan karpet saja....macam-macam corak dari 20 dirham hingga beratus dirham..Gila dibuatnya .Kalaulah duitku berjuta...akanku beli semua karpet-karpet itu...

Tapi sejak menjadi jutawan 'fridge magnet' kami banyak membeli fridge magnet aje......macam tak ada idea lainkan...bukan tak idea lain..takkanlah nak bawa karpet berat2 nak bagi pada orangkan?Lagipun beli karpet akan dipijak , beli fridge magnet kita tahu kita ada ramai kawan dan saudara mara...lagi penuh pintu peti ais lagi baaaanyak la kawan dan saudara mara yang menyayangi kita...kan?


Waktu menginap di hotel PanGulf ini dalam tak sedar kepala ini terhantuk pada pintu cermin ..Ya Allah kuatnya...ingatkan tak ada pintu..terus masuk!

Boom! kepalaku yang besar terlanggar cermin..orang hoteltu (berdua di kaunter) punyalah tahan gelak...tapi sikitpun tak tanya kita okey atau tidak. Biarlah deritaku kutanggung sendiri...

Nak elak malu gelak aje..sakit sebenarnya ... terasa 'besar kepala' kejab dan masatu terus nampak bintang-bintang berkerlipan! ..
Benarni...anak-anak dah masuk dalam..mereka berlari dan datang dekat..mereka kata ingatkan orang lain...rupanya "mak 'accident'!"
Rasa kepala jadi empat segi...Kena tuam kepalaku ini...

Esoknya masa turun dari hotel ada lagi tanda hidung dan dahi di pintu hotel itu..Ha..seronok sangat padan muka ...siapa yang bersalah? Pihak hotelkah? Kepalaku kah? Pintu itukah?

Tetapi bila kepala dah terhantuk terasa fikiran ini berubahlah ..daya ingatan makin pulih..tak percaya? Cuba hantuk kepala kowrang kat pintu.... seorang yang positif diriku menjadi lebih 'positive thinking'- suka tersenyum dan suka beli tudung!




Blue Souk dari luar



Kedai abaya...dalam ada baju, beg besar beg kecik,banyak barang kaum wanita ...semua nak beli..Amanda 'didemokan' pakai tudung cara Arab...
Blue Souk dari dalam tutup pukul 2 hingga 4.30 petang


Kedai Ali


Kedai karpet
Deretan karpet yang mampu kami beli...eh ..,deretan 'besi berani peti ais' yang berjaya ditawan oleh hati ini...


By,

Cikgu Sue