Wednesday, February 20, 2008

Made in Malaysia

'MADE IN MALAYSIA'......
18 Februari, 2008 Rabu

Malam kelmarin pergi kedai jahit depan rumah..depan rumah ada tiga kedai jahit..semua penjahitnya lelaki..satu buahtu betul-betul depan rumah ,sebelah kedai runcit kecil tapi sentiasa tutup. Pergi kedai jahit yang hujung sekali. Pergi bersama Amanda , Adam dan Ali.Kami pergi pukul tiga petang, terlupa yang kedai-kedai di sini tutup dari pukul satu tengah hari hingga empat petang. Masa mula-mula datang sini terkejut, bila dah hampir pukul satu tengah hari penjual sibuk nak tutup kedai. Tutup macam nak tutup kedai waktu malam di Malaysia siap letak mangga dan berkunci.
Rupa-rupanya itu adalah `time' tidur mereka.Sebenarnya adalah untuk masa rehat dan bersolat mereka. Semua kedai di sini macamtu kecuali `supermarket' LULU yang dah berpuluh-puluh kali kami pergitu...Bila `time' rehat atau tidoni..suasana sunyi jalanpun lengang..kita pun rasa nak tido sama...Kalau pergi kedai hampir pukul satuni memang pasti mereka tak layan, sebab dah kena.Sibuk nak tutup kedaije. Anak-anak mengajipun mula pukul 4.Kalau tuition dulupun mula pukul 5 habis pukul 7.30 petang.Ada satu `supermarket' besar kat sini baru dibuka namanya `Home Centre' pun dah ikut tradisi `tido'ni. Tutup pukul satu hingga 4.30 petang baru dibuka. Dalam `Home Centre'ni yang bangganya bila kebanyakan perabotnya (bahagian atas lebih kurang, banyak kurang, macam IKEA) seperti katil, almari, meja ditulis` Made In Malaysia.' Banyak dan cantik-cantik perabot Buatan Malaysia.`
Memang kalau nampak perkataan ~`Made in Malaysia' kami riuh. Haritu salah sorang budak perempuan yang mengaji pakai selipar ada tulis~ Cinta-Made in Malaysia~ kami riuh..sebab kami baru beli selipar ~ Made in China! Tak tau mana dia beli. Bangga bila ada tulis Malaysia..tapi bila di Malaysia sebelah matapun susah nak pandang...Ada orang cerita ...bila sebut Malaysia di sini orang Oman akan kata...MasyaAllah..Malaysia...Mahathir! (Ini bukan kempen pilihanraya!)...
Kami pergi kedai jahit kerana nak menempah baju `pengantin' untuk pertunjukan fesyen di sekolah.Terpaksa menempah. Jauh kami pergi mencari kain.. Malam sebelum nak tempah bajutu puasla jadi `designer' lukis baju kebaya..susah juga..Nak bagitau tukang jahittu pun satu hal..puas menerangkan siap bawa `drawing' tiga keping kertas baju kebaya. Penat menerangkan akhirnya dia kata suruh bawa `husband' malam nanti.Sakit kepala dia agaknya cakap dengan perempuanni. Selesai satu masalah..yang nak terkejuttu beli kain 2 Rial ,lebih kurang 20 Ringgit duit Malaysia..tapi tempah bajutu dia nak 7 Rial (RM70 ). Minta kurang dapat 6 Rial (RM60). Jadi baju raya Amandalah nanti.Tak payah tempah lagi.

Kedai runcit dan kedai jahit depan rumah

(tutup pukul 1.00tengahari hingga 4.00 petang setiap hari)


Kami beli kaintu di Muscat.Dua jam dari sini.Pergi hari Khamis ,balik hari itu juga. Sini hari Khamis dan Jumaat adalah hujung minggu. Tak `plan' nak beli kain. Pergi ke Muscatni kiranya macam pergi ke Kuala Lumpur.Ada macam-macam.Baru nampak bangunan tinggi, lapangan terbangpun di Muscat. Minggu tu adalah hari kedua terakhir Festival di Muscat. Katanya ada banyak negara terlibat buka gerai di Festivaltu termasuk Malaysia . Nak bangga ni...bila dengar ada nama MALAYSIA...
By Cikgu Sue









2 comments:

AMY SENSEI said...

kat luar negara baru le teringat mesia ye kak sue..sedih gak bila mengenangkan tempat jatuh kita dan hujan batu kita

ShookranJazilan said...

Ya..hujan emas tak sama...
seronoknya lain..tq amy..