Sunday, February 3, 2008

Terima Kasih,Syukran Jazilan...


Tuan rumah yang kami pergitu baru balik dari kenduri kahwin orang Oman sehari sebelum kami pergi ke Ibri.Dari ceritanya dia juga makan di dalam dulang bersama dengan tiga orang.Lauknya juga sama iaitu nasi briyani dengan daging lembu.Khemah lelaki dan perempuan juga diasingkan.Khemah perempuan bertutup rapi. Majlis perandingan ada waktu malam tetapi untuk kaum keluarga sahaja. Malamnya juga ada acara seperti joget lambaktu..di sini joget Arab kot...siap dengan muzik sekali,tapi di Malaysiapun dah tak ada joget lambak kot,kurangdah rasanya.Di sini jugak kaum perempuan tak masak untuk kenduri tetapi kaum lelaki yang masak...Kaum perempuan duduk saja..seronoknya..Itula bila cerita pasal pergi pasar haritu..rupanya orang perempuan tak pergi pasar..sang suami yang pergi pasar...wanitanya dok dekat rumah atau dalam keretala..perempuan yang tua atau perempuan tak baikje(perempuan jahat kata orang Oman) yang pergi pasar...Kalau pergipun dengan muhrim...alamak merasala kejab jadi `perempuan jahat' itu hari! Patutla mereka tak layan kita yang jalan sorang-sorang...di pasar. Berharganya pengalaman itu. Kat sini kalau perempuan yang baik-baik jalan tunduk aje..bila pakai abayatu..dah cuba jalan tunduk masa amik Ali dari sekolah haritu...naik pening kepala ...nak langgar pokokpun ada! Tapi memang kalau di sini susah nak tengok pasangan berdua-duaan..tempat rekreasi banyak..tapi tak adapun pasangan...tepi pantaipun ...suci..jadi kitapun tak malu dengan anak-anak. Semua jalan dengan keluarga. Kalau adapun orang luar...tapi susahla nak tengok..selamatla matani... Mungkin sebab hukum hudud kot.Di kawasan pendalaman lagi ramai yang pakai purdah..tutu semua,dulu mula -mula anak-anak hairan..semua hitam..sekarang dah biasa..Tapi kalau kita datang sini pakai baju biasapun tak apa...tapi sebenarnya kalau pakai abayani jimat baju...dalam baju buruk bila pakai abaya..nampak cantik..tudungje tukar..Abaya yang dijual di sini cantik-cantik walaupun semua warna hitam..tapi ada kategorinya.Kalau di MUscat( ibukota Oman) dua jam dari tempat kami, ada kedai jual abaya sahaja sehingga beratus-ratus. Bagi orang yang tak bergaji gred abayanya gred D.. Masa nak balik dari Ibri,kakaktu bekalkan lauk ikan sampai tiga ketul,bagi kacang salut dan buah limau.Banyak kali kata tak payah...tapi tangan ambik jugak.. Dia sendiri kata macam balik dari rumah mak `you all'..Sedihnya terasa masa nak balik bila anak-anak menjerit `bye-bye'..masatu teringat di KLIA..... abang-abang ipar dan dua kakak ipar datang..dengan biras-biras sekali..mak mertua... anak-anak buah, mak dan ayah ,Linda,Ain dan famili, kak Nab dan famili..sebenarnya berat kaki nak melangkah masatu..tahan air mata supaya masuk tekak balik, Allah sahaja yang balas budi baik semuanya..dan semoga diRedhai serta diRahmatiNYA..
`There are no strangers in the world but only friend we have to meet'


by,

CikguSue

No comments: