Saturday, February 9, 2008

Tetamu

Rabu 6 Februari.Teringat Rabu minggu lepas..sibuk memasak..pening jugak kepala fikir nak masakni..sebab terlalu `pakar' dalam bidang masakanni.. ada dua keluarga nak datang..satu keluarga orang Iraq kononnya membalas kunjungan mereka mereka kerana ajak kami makan bulan Mei tahun lepas. Masa pergi rumah mereka macam-macam yang mereka masak..terlalu penuh meja mereka .Kami datang berlima tapi mereka masak macam untuk lima puluh orang nak datang. Ayam dua ekor masak yang berlainan, ikan bakar seekor besar, nasi briyani(banyak), terung bulat ada kekacang di dalam dua pinggan besar, manisan, jelly dan banyak lagi.Ingatkan ada orang lain yang mereka jemput lagi tapi kami aje. Dapat idea masak kuah lodeh,nasi impit kuah kacang, kuih cara, popia goreng dan mee goreng. Okeylatu.Buat kuah kacang tak blender kacangtu,tumbuk aje. tiga, empat kali tumbuk kacangtu..sampai Ali kata makni suka buat bisingtu..main ketuk-ketuk..rasa nak marah ..sebab lama dah tak buat kuah kacang. Selalu kalau pergi Damansara mak mertua atau kak yah yang selalu buat. Kalau ke Langat mak langat selalu `order'je kat orang belakang rumah sebab isteri dia buat kuah kacang untuk sate Samuri Kajang..Ha, rasakan buat sendiri.Alhamdulillah jadi..dan berjaya memasak.Takla sedap tapi bolehla makan. Rasa macam nak rayapun ada.
Orang Iraqtu datang suami isteri, makan sikitje..tapi asyik puji..sedap-sedap..nak ambil hati..risau jugak banyak lagi balance makanan takut keluarga yang lagi satu tak jadi datang
.
Sohar dan Jasim...



Orang Iraq ni seperti pelarian di sini.Mereka suka sangat kalau dapat tau ada orang Maklaysia. Mereka pernah kenal orang Malaysia masa di US dulu dan kata orang Malaysiani baik-baik.Mereka ada cerita pokok kurma banyak di tanam di Iraq tapi dah kena sembur racun oleh Israel. Mereka sembur dari udara dan darat. Tak boleh makan buah kurma mereka. Dahsyatkan.Sebabtu kalau makan buah kurma kat sini rasa sayang nak buang biji dia..Kalaula biji kurmatu boleh buat racun..racun pulak orang Israeltu! Bermacam lagi yang mereka buat kat penduduk Iraq. Kalau tengok channel tv Al Jazeera kat sini memang sedih. Orangtu nak tebang pokok zaitun atau olive , beberapa orang perempuan..merayu-rayu jangan tebang...tapi mereka tebang jugak..sampai orang perempuantu berteriak panggil anak-anak dia suruh kutip buah zaituntu..Askar-askar Israeltu siap hulur senapang kat kepala mereka...pasal pokok zaitunpun nak tembak orang! Ada muslihat lain sebenarnya Yahudini.Habis ladang zaitun mereka depa sodok..dengan traktor..pokok-pokoktu tumbang mcacmtuje..ada yang berani kutip jugak buah zaituntu cepat-cepat..Apa yang kita boleh tolong?? Dekat sekolah anak-anak ada pokok zaitun..tak tau mulanya..tapi nampak dua tiga budak kutip..dan makan..tanya budak-budaktu buah apa..olive jawab mereka. Amanda dan Adam ada bawa balik ,sedap rasanya....yang belum dibuat jeruktu,sayang nak buang kalau ada yang jatuh di tanah.Rasanya macam buah epal tapi kelat-kelat manis.Sini orang buat minyak rambut,minyak wangi,minyak masak(boleh kurangkan kolesterol) buat jeruk banyak dijual dan macam-macam yang boleh. Bersyukur rasanya di bumi Malaysia tak ada siapa yang tindas kita..nak makan apa ajepun boleh..nak pergi manapun tak apa..tak ada dengar bunyi bom sini sana..tak ada senapang nak acu kepala.
Buah zaitun (olive) yang dikutip berhampiran sekolah.

Dalam pukul lapan satu keluarga telefon..mereka dari Muscat dalam perjalanan ke Dubai..jadi singgah di rumah kami..Nak ke Dubai lebih kurang dua jam lebih dari sini. Sekarang di Dubai ada pesta membeli belah selama sebulan.Dalam televisyenpun sibuk kempen pergila ke Dubai..pergilah ke Dubai.. Sabar dulu..nanti kalau ada duit boleh pergi..Kiranya tempat kamini di tengah-tengah.Macam dari Perak nak ke Johor..singgahlah di Kuala Lumpur dulu.. Keluargani baru balik dari Umrah seminggu.Suami isteri yang pergi. Tapi mereka datang bersama dua orang anak lelaki. Isterinya orang Melayu suaminya orang putih tapi dah jadi rakyat Australia.Kakakni dulu adalah cikgu mengajar di Kelang tapi dah berhenti dan kerja di Australia.Duduk di Australia bersama empat orang anak-anak dia. Seronok tengok keluargani makan. Masani rasa macam tak cukup pulak masak.Anak-anak dia makan tambah banyak kali..nasi impittu. Semua muka anak dia tak muka melayu..cakap melayupun tak berapa pandai,jadi ingat tak makanla nasi impit..rupanya suka sangat..lagipun lapar agaknya.


Kak Badar dan keluarga...selamat menjamu selera.

Kakakni cerita semasa di Mekah dia dapat tengok orang cuci bahagian dalam Kaabah.Masatu rasa terharu sangat dia kata..ada yang menangis..ada yang sembahyang..sujud syukur, berdoa..dan ada juga yang menunggu ..untuk ambil air basuhan Kaabahtu..mereka tak buang airtu..tapi ambil dan simpan ..kata mereka untuk buat ubat dan sembuhkan penyakit..Moga suatu hari dapat pergi..menyambut lambaianMu, menjadi tetamuMu Ya Allah.Doakan..Pintu Kaabahni hanya boleh dibuka oleh anak cucu cicit Nabi Ibrahim.Wallahualam. Kalau nak berkereta dari sini lebih kurang 12 jam lalu padang pasir..kalau naik kapalterbang 2 jam jer. Kakakni juga ada kata di sini orang tak baca surah Yassin malam Jumaat tapi baca Surah Al Kahfi..Lain padang lain belalang..Al Kahfi ni juz 18 bermaksud Gua.Surah dia lebih panjang dari surah Yassin. Jadi ustazah pulak.Bagus juga baca surahni..mengenai tujuh orang pemuda yang ditidurkan oleh Allah di dalam gua selama 309 tahun..Yang menarik sekali dalam surahtu ada sebut nama Zulkarnain..ejaan Dzulqarnain.Wallahualam.
`Sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari kelemahanku sendiri.'
By Cikgu Sue


3 comments:

AMY SENSEI said...

kak sue lama lagi kan di Oman tu? teringin la pula nak buat umrah kalau ada rezeki nanti leh singgah umah kak sue ye...

ShookranJazilan said...

Amy kak sue baru baca komennih..ikutnya 3 tahun..e..datangla rumah kak sue kalu ada rezeki kita gi sama-sama!

ShookranJazilan said...

Amy kak sue baru baca komennih..ikutnya 3 tahun..e..datangla rumah kak sue kalu ada rezeki kita gi sama-sama!