Friday, August 1, 2008

Hujan Perpisahan





Sabtu 26 Julai 2008,Kali terakhir kami balik ke Sur dari Sohar .Hantar sebahagian barang-barang kami ke Sohar. Sebab kami akan pindah balik ke Sohar semula lepasni.Terkejut sangat sebab dalam perjalanan nampak cuaca mendung. Semua sibuk kata macam nak hujan.

Memang betul hampir nak sampai ke Sur hujan turun rintik-rintik di cermin hadapan kereta. Kami semua menjerit, "hujan" macam tak percaya.Selepas 7 bulan kami di Oman baru merasa hujan. Tak tahu nak cakap macammana...sedih ada , gembirapun ada bercampur dengan perasaan nak tinggalkan Sur yang bagi kami 'percutian yang menyeronokkan'. Hujanni macam mengiringi `perpisahan' kami. Terus tangkap gambar hujan. Lah ,jadi macam orang Oman pulak kami ini... Tapi hujan tak lebat dan tak sampai 15 minit... tapi hujanni begitu menceriakan hidup ahli-ahli 206!! Sebab masatu ibu 206 juga sedang tidur dalam kereta . Nampak juga satu keluarga tu bersama sepasang anak dia turun dari kereta dan bermain hujan pada sebatang pohon yang kering. Kalau ikutkan air `showertu' lagi lebat tapi mandi `shower' tak `real 'kata mereka.Baru tengok `wiper' kereta bergerak walaupun sekejab. Seronok tengok jalan dibasahi hujan,pokok kering yang basah ,bukit pasir yang sejuk dan ada lopak-lopak air.

Patutlah orang sini suka sangat kalau hujan. Lepasni kalau balik Malaysia tak mau bersungut kalau hujan.Tapi tengok dalam berita CNN atau Al Jazeera macam selalu hujan di Malaysia.Baju tak keringlah tukan.Redhalah.

Marilah kongsi gambar hujan di Oman yang sempat diambil dari dalam kereta.

Hujan yang turun bagaikan mutiara....Lagu arwah Sudir



Lopak garam






Dan juga gambar-gambar indah sewaktu kami di Sur . Lupa nak cerita kami jumpa lopak-lopak garam dan jambatan yang anak-anak gelar jambatan `Pulau Pinang'. Memang indah dan cantik tempatni. Air laut keluar ikut celah lubang batu seperti air pancut. Lepasni nak jumpa Sultan Qaboos , Sultan Oman, nak minta elaun sebab tolong promosi negara dia...





Sotong yang dapat belakang rumah tepi pantai...manisnya..sebesar pinggan nasi.Ada yang besar lagi dah masak.Ada 5 ekor menyerah diri ..Ikanpun ada.Dah makan sotong balik masa duduk Surni, mula nak rasa aje takutla kan ada yang keracunan...makan sikit sedapnya...dulu pernah tercekik sotong tahun 2006 di
Sarawak...jadi terus tak makan sotong, ha..sekarang dah makan balik.Syukur tak
tercekik lagi...
Ikan juga...nak bakar





Jadi selamat tinggal Sur di mana kami dapat melihat kebesaranMu Illahi. Terima kasih kepada Cik N dan S yang beri kami tumpang tinggal di rumah mereka.Tak boleh nak balas budi baik. Tambah sedih sebab nama tempatni sama dengan nama awal diriku...SU(R)



Motel Marble Hijau di belakangnya laut.Tempat kami menumpang tinggal. Selamat

tinggal...Ma`asalaama!!

By
Cikgu Su(R)

No comments: