Friday, August 29, 2008

LambaianMU 2














Di Hadapan Masjidil Haram...


Bila teringat waktu malam dalam bas, lucu pula rasanya. Sebenarnya ada bermacam-macam bunyi yang bersahut-sahutan, sampai satu waktu Ali kata,sapa yang berdengkurtu? Mujur dia orang tak faham Melayukan. Dia tak sedar dia tidurpun ternganga mulut. Bila teringat waktu nak tidurni kitapun suspen takutlkan bunyi yang keluar lain dari orangkan...yalah mungkin dengkur orang Malaysia lain dari orang India,Iraq atau Pakistan dalam basni..Jadi sedaya upaya kita cuba tido dengan penuh sopan. Akhirnya tak sedar dah lena...cuma dengar Amanda gelak dan kata," makni tido macam ahli sihirlah!! "

Masa mula naik bas ada satu keluarga Iraq perempuan bersama ibu mertua dia. Duduk belakang kami aje.Kita senyumla pada ibu mertua dia. Dia tak senyumpun. Tapi menantu dia senyum sikit. Bila bas berhenti kita pelawa biskut. Ibu mertua dia macam tak mau ambil.

Lepastu kita bersembang dengan anak dia.Dia terkejut bila tahu dari Malaysia. Terus cakap suami dia baru balik dari Malaysia. Terus kata "Malaysia Good!Eh, berapa orang dah puji Malayasiani. Memang bangga. Masani baru nampak mak mertua dia nak bersembang dengan kita tapi dalam Arab. Kita cakap Mafi Arabic. Tak tahu Arablah.Lepastu dengar dia cakap pada menantu dia,"Muslim, Muslim ,Mekah?Kita faham sikit Arab sepatah dua patah.

Owh menantu dia terangkan balik pada kita, Lebih kurang macamni, dia tanya kamini orang Islamke. Jadi menantu dia macam marah dan kata semua orang dalam basni nak pergi Mekah, jadi semua orang Islam lah.Termasuk kami pacal yang hina...La, dia ingat kami ni nak pergi tempat lainke...Amerika, Jepun ,New Zealand? Patutla tadi tak senyum-senyum. Lepastu makcikni rasa macam bersalah, dia terus tunjuk kaki dia yang bengkak .Jadi Cikgu Supun pegangla nak urut tak reti nanti tak boleh jalan siapa yang susah. Masa pegang kaki dia rasa macam pegang kaki mak dan mak mertua sendiri... masani rasa rindu sangat!






`Best fren ' dalam bas...berumur 78 tahun. Tolong kipas dia sebab masani bas berhenti tutup `air -cond'.

Lepas pegang sikit-sikit kaki dia, dia terus ambil coklat-coklat bagi anak-anak dan kami. Lepastu kami jadi `best friend' dalam bas.Kejab-kejab offer makanan. Anak-anakpun panggil nenek . Bila ada penerangan oleh ketua rombongan kami dalam bas dalam bahasa Urdu dan Arab nanti Fatin nama orang Iraqni akan terangkan pada kami. Mak mertua dia nama Suad. Hah dah mesra pelangganlahni. Bila sampai ke satu satu tempat ada ketua rombongan yang akan beri penerangan. Tapi dalam Bahasa Urdu(Pakistan) dan Arab. Bila dengar dia cakap urdu terasa macam tengok cerita Hindustan sebab hujung dia ada heh,heh, kuch kuch hota heh ...macamtula lebih kurang. Dia baik hati , nanti dia beri penerangan pada kami secara `personal 'dalam Bahasa Inggeris juga.

Tunggu ahli rombongan bas kami dengan sabar di perkarangan hotel
Sentiasa janji tunggu di pintu nombor 73 kalau nak jumpa.





Di hadapan pintu 73 boleh nampak orang ambil air zam-zam sebelah kanan.

Minum air zam-zam...dalam Masjidil Haram

Rambut Adam dan Ali sebelum.


Hotel mewah sebelah Masjidil Haram. Ada `Mall' besar. Cantik sangat.Bukan hotel kami.



Pada 14 Julai 2008 lebih kurang pukul 11 30 pagi kami selamat sampai ke Mekah. Kami letak barang di hotel dulu kemudian ketua rombongan berjanji jumpa di perkarangan hotel lebih kurang pukul 1 lebih. Kami berkumpul di perkarangan hotel bersama semua ahli ahli bas tu. .Kemudian kami semua berjalan kaki ke Masjidil Haram.. Ketua rombongan beri penerangan sikit-sikit selepastu kami sembahyang jemaah solat sunat masjid di Masjidil Haram bersama-sama dan selepas solattu kami semua berjalan untuk melihat Kaabah.

Ya Allah betapa syahdunya masani...lihat kelibat ahli-ahli rombongan menitiskan air mata orang Pakistantu, Iraq , India ,Tunisia termasukla orang Malaysia. Masani rasa sama semua tak kira warna kulit dan bangsa.Takla menangis teruktu. Tapi rasa syahdu sangat...bila dapat melihat Kaabah dan tawaf dikelililing kaabahtu...Sampai tak tahu apa nak minta ...Ya Allah...terima kasih atas kurniaMu...Syahdu...syahdu...syahdu!




Di hadapan Kaabah...


Dua orang budak botak...
By,

Cikgu Sue

8 comments:

aieenayan said...

Waaaaah... Seronoknye tengok Kak Su... Hai, bilalah nak sampai sana kami ni! Alhamdulilah, kak Su dan family dah sampai... :-)

ShookranJazilan said...

aieen tahniah juga dah sampai us.jangan risau satu hari nanti aieen sampai la tu.tak tau la pulak bila nak sampai tempat aieen.Denver.seronok juga baca...

mak chek said...

Walaupun kepala-kepala botak mu licin, tetapi lobang hidung mu tetap menjadi pujaan ku....muah 100x

t linda said...

Alhamdullliaallahhh dah sampai hajat ke mekah ek....kak check..kite bile lak nak kesana????hehehhehe

mak chek said...

Linda, semangat nak pi memang berkobar2....tapi kena pi Oman dulu le...

ShookranJazilan said...

Kak chek , Linda jangan risau...kami sebut namamu....selalu-selalu...kerana rindu...terlalu-lalu...

t linda said...

ok kite KIV lepas raya nih ek....
Oman on the wayyyyyy......

Anonymous said...

Dua Budak botak.
Main Bolasepak.
Seorang Berhenti Lepak.
Bapaknya bila nak tambah sorang lagi yg botak?...

huhuhuu