Saturday, August 9, 2008

POSITIF

Pentingnya berfikiran positif. "Kak Su kalau tengok kata-kata hikmatni,mesti nakkan. Nanti Are taipkan dan save!" Masani nampak kata-katani di bilik kaunseling sekolah.Dah lupa dah masani. Hampir nak cuti sekolah dia minta `thumbdrive'.Lepastu bawa balik dan print di rumah.Kata-kata hikmatni dibawa sampaike Oman.Letak dalam beg duit dan satu letak di celah buku nota kecil .Jauhnya ia merantau. Jadi nak ajak kongsi kata-kata ini. Memang banyak kata-kata hikmat lain yang menarik atau dapat email lagi macam-macamkan... Tapi memang suka `bermadah helahni' Ada dua tiga yang diberi tapi ini yang suka.

Sebelumtu ada juga Cikgu Rin (lain pula panggil `Cikgu' pada adik Rin ni!) bagi
doa `Ayat 7' iaitu tujuh ayat daripada Al-Quran,sebab selalu nampak dia baca pagi-pagi dalam kereta kalau sampai sekolah (lepastu bersihkan keta dia..),jadi kakak dia menyibuk ,dia photostet dan beri, juga sampai ke Oman,pesan Rin baca awal pagi . Terima kasih Cikgu-Cikgu! Jadi
hayatilah kata-kata ini yang di beri rakan sekolah , Cikgu Are .


Dalam Bahasa Inggeris,

Think Positive.

Say to yourself every morning...


Today is going to be a great day!
I can handle more than I think I can!
Things don't get better by worrying about them!
I can be satisfied if I try to do my Best!


Memang nampak kata-katani termenung sekejab.Sebab masani tengah`tension 'nak buat `assignment',nak kena 'observed' dengan Nazir sekolah, ,mana nak buat soalan periksa sains akhir tahun murid sebab kena pergi sekolah lain buat soalan dan tengah fikir nak pindah rumah dan nak ke Oman. Seribu satu macam dalam kepala.(Semua orang ada masaalahkan) Masa nak pergi
buat soalantu juga jatuh terlungkup,tergelincir depan kedai buku sekolah dengan laptop sekali. Hujan renyai-renyai masatu. Patah tapak kasut.Baju basah. Malu tak kira...senyum aje...hidup mesti ceria! Kaki sakit sendiri tahu...


Masa bawa kereta, kata dalam hati kalau aku tak jatuh tadi mungkin aku kena accident ke patah kakike,
Nauzubillah!.Ada hikmahlah tu.Tapak kasutje yang patah.
Macam baruni cermin mata patah punyalah marah...terpijak oleh Ali. Pandai pulak dia orang cakap mujur jugak cermin mata mak yang patah. Kalau kaki Ali patahke ... lagi susahkan. Betul juga. Sebab selalu cakap macamtu pada dia orang. Pulang paku buah keras ...




Cermin mata patahpun nak ambik gambar...Syyy...Think POsitive!





Think Positive...



Antara tujuh ayat dari Al-Quran (photostet dari RIN..)







Kadang Amanda buka internet,"mak tak ada komen".Tak apa bukan orang nak baca blog kita aje .Orangpun ada banyak kerja lain. Mesti selalu bersangka baik dengan orang. Yala, kadang kita fikir kita tak boleh puaskan hati semua orang. Tapi kita mesti sentiasa maafkan semua orang. Tak ada insan yang sempurna. Jari tanganpun ada panjang pendek.Jadi sentiasa berfikiran positif, fikir yang baik selalu, ambil Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (jutawan kaya yang pemurahtu)'kalau kita beri lebih kita akan dapat lebih lagi .Contohnya kata dia lagi, beri
ilmu, duit ringgit atau kalau tak ada apa beri senyumanpun dah cukup. Hati mau baik beb!! Kalau di Omanni orang bangsa apa tak kira India, Filipina, Pakistan, Cina juga kalau jumpa beri Salam," Assalamualaikum"tu , walaupun bukan sesama Islam.Hidup ini sebenarnya adalah satu perjalanan yang singkat...
Ok...InsyaAllah jumpa lagi tiga minggu.





Life is a beach... (Laut Penyu Ras Al-Jin, Sur, Oman)








By


Cikgu Sue

17 comments:

mak chek said...

Bukan tak baca tapi bila tulis komen dan send tak dapat kena register balik. Keep on blogging, very interesting ... terubat rindu orang di sini.

mak chek said...

Selalu baca dan komen tapi tiap kali kena register blogger balik. Sori lah kalau tak komen. Anyway keep on writing...terubat rindu kami di sini.

Mrs Who? said...

betul-betul.. selalu bca.. tp bila nk pi kt komen tu, server lambat.. eh2?? mak chek mcm mana online?? ada internet ke di rumah nenek?

ShookranJazilan said...

oooooo kak cek thank you.kami pun terubat juga.di rumah damansara dah ada internet ka?bolehla baca blog kak cek pula.thankx again.

ShookranJazilan said...

dalin thank you juga.kami pun suka nak tau berita dan cerita dalin dari mesia.thank you.take care.

Anonymous said...

after thinking positive, act positive oso la..

t linda said...

hehehehe t linda lama tak komen sbb busy skit....tapi tak tau busy ngan apo tah....heheheh
jadi ke kak check kite nak ke Oman bulan 10 nnt??? kalo ade rezeki laaaaaaa.....Amin

faizznor said...

Salam,
Apa khabar Kak Su? Rindu lama tak jumpa...harap sihat selalu....saya selalu mengikuti perkembangan Kak Su di sana.....Semoga ceria selalu...

Mrs Who? said...

lawak la.. bila mak su tulis mcm ni baru la nk dpt byk komen..

ShookranJazilan said...

tula pasal semua!!! ada kawan-kawan komen dalam sms dan email tq juga,nanti kecik pula hatikan...tapi bila ada komentu satu rumah meriah...tanya pulak siapa yang tulistu?...yalah jauhkan...macam dapat coklat atau makan petai bila ada komentu! Ok ceria-ceria selalu...

Anonymous said...

btul tu kak sue! think positive! windu la kat kekawan kita kan?

faizznor said...

Kak Su,
Nak merdeka ke-51 hujung bulan ni....mula malam ni ada pertandingan bunga api....meriah....
kat PICC PJaya 3610 sempat tengok...dari jauh...
"Perpaduan Teras Kejayaan"

Malaysia Boleh...

Mrs Who? said...

waahh. besnye ada bunga api.. kami yg duk dekat dr mak su pun x boleh nk tgk.. haha..

zura said...

salam kak su n family,
zura pun mmg dah maklum ngan kak su,always think positive!!teringat bila kita gi nengok pesta flora bersama...hr rabu ni pertunjukan bunga api dr Kanada!!!
syoknya..percikan hujan di cermin kereta........

AMY SENSEI said...

kak sue, dtg umah saya ambik omiyage ye...

ShookranJazilan said...

He...zura...banyak rahsia kitakan!! tak boleh lupa pertama kali tengok merdeka di putrajaya..zura bawa kami ,bawa botol susu lagi...tq

ShookranJazilan said...

anonymous ni sapa...anak buah mak su ka...dia orang pertama yang komen dalam blog tajuk 'hijrahku '...kenalkanla diri..