Tuesday, August 26, 2008

LambaianMU
















Alhamdulillah berjaya juga kami menyahut LambaianMu Ya Allah ke bumiMU Mekah dan Madinah. Pada mula beritahu masa di Travel Agensi,Muscat pada 17 Julai, bila sebut pada anak-anak, InsyaAllah kita akan, menunaikan Umrah pada 12 Ogos nanti.. Mereka angguk dan diam aje. Tapi bila sebut," kita akan ke Mekah naik bas tau." Mereka bersorak . Bila tanya kenapa? "YES,Seronok sebab naik bas!! Apa naik bas? Berapa hari? Bila nak sampai? Tak lenguhke kaki? Macammana nak bawa anak-anak bertuahku ini? Owh...think positive!
Tunggu bas datang dari Muscat...tepi jalanni


Tiba hari yang di nanti...12 Julai 2008, kami akan bertolak dengan menaiki bas ke Arab Saudi.Kami akan pergi lebih kurang dua belas hari! Seronoknya dengar.Bersiapla barang ala kadar,bawa barang makan banyak juga sebab pakej kamini tidak disediakan makananan ,cuma pengangkutan dan hotel sahaja. Sebelumtu pesan pada anak-anak di Mekah nanti boleh berdoalah nak minta apa yang kita minta. InsyaAllah doa makbul cuma cepat dan lambat sahaja. Inipun tahu kebetulan bawa buku mengenai Umrah ,antara tempat paling mustajab doanya selepas solat sunat tawaf rakaat terakhir,sekitar Maqam Ibrahim, berhampiran pintu kaabah. Pesan pada anak-anak nanti tulis dan fikir nak minta apa dan beritahu mak tau.


Bas akan ambil kami di Sohar ni. Alhamdulillah kami tak perlu ke Muscat. Kawan dari Malaysia yang hantar kami di perhentian bas tepi jalan.Waktu malam.Jam masani dah hampir pukul 12 malam. Masani sedih juga rasa sebab mereka suami isteri beri duit pada kami. Semua orang dapat duit.Banyak pulatu!! Tq. Kecohla juga masa nak naik bas sebab kami semua tak mahu duittu. Siap cakap, "mak ,uncletu bagi duit banyak," Ambillah juga.

Dari bawah masa bas sampai nampak ramainya orang dalam basni.Macam tak ada tempat duduk. Tapi bila orang tu suruh naik dan tunjuk tempat yang ada nama kami, lega. Jadi kami akan naik bas lebih kurang tiga hari dua malam! Kami akan tidur di dalam bas sahaja. Masani terbayang, takut tulang tak boleh lurus badan sebab duduk sahaja dalam bas. Dua malam pulaktu. Silap-silap turun bas badan bengkok. Tapi bas berhenti banyak kali .


Tengok orang dalam bas, rasa lain sebab ada ramai orang tapi bukan orang Oman. Ada dua keluarga Iraq, satu Tunisia, Pakistan ,India dan Bangladesh. Orang Pakistan yang ramai.Cuak pulak rasa bukan apa takut tersilap bas, nanti sampai Pakistan pulak.Tapi mereka baik-baik dan cantik-cantik. Ada macam Hema Malini, Amitach Bachan,Shah Rukh Khan ,macam Samy Velloo pun ada. Ke situ pulak.Tak baik! Jadi kami sahaja keluarga Malaysia. Rasa Glamor kejab. Lepasni ada lagi cerita glamor .Gila glamor dah...




Ini salah satu kedai kami berhenti makan.Batha nama tempat. Makan bersila ,dalam dulang . Adam dan Ali siap nak termasuk dalam dulang. Tak biasa makan di lantai. Jauh lagi nak naik basni.Tengok sign board ke Arab Saudi 1494 km lagi dari Bathani.





Makan dengan berselera...seronok juga berebut nasi dan ayam.


Halas....semua nasi dan ayam berjumlah 18 dirham, 18 Ringgit Malaysia.





Ini di Imigresen Arab Saudi, nak ambil gambar `sign board ' Welcome to Arab Saudi...terlepas sampai ke sudah tak jumpa tulisan 'Welcome to Saudi Arabia'. Botni pun nak ke Arab.



Depan masjid selepas solat sunat masjid.Selepas dua hari baru kami mandi di masjidni. Alhamdulillah badan tak berbau walau tak mandi dua hari,masih segar dan tegak.






Selepas mandi pakai baju ihram dan solat sunat di Masjid Al Manazil, nak naik bas ke Masjidil Haram.Lebih kurang dua jam lebih lagi baru sampai Mekah.







Jadi sebelum pergi tanya pada anak-anak dah fikir nak minta apa nanti di Mekah. Amanda jawab , dia tak mahu beritahu. Dia nak rahsia. Tanya pula pada Adam, Adam nak minta apa?, Dia tanya dulu, boleh minta apa ajekan mak? Bila kita jawab ya, Adampun kata," Adam nak PS 3,(Play Station 3) Alipun terus sambung "ya ,Alipun sama , Ali nak minta game kereta masa kat Mekah nanti". Masani rasa berpusing biji mata. OH.Tak cukupkah ilmu yang kuberi pada anak-anakku ini!!....Bersambung.








By,

Cikgu Sue.

7 comments:

faizznor said...

Alhamdulillah...sampai juga Kak Su sekeluarga pi umrah...kat Mekah dan Madinah tu..tentu seronokkan...rasa nak pi lagikan!

faizznor said...

Tiada tempat lain di dunia ini yang begitu tenang melainkan apabila kita berada di hadapan Kaabah...mendirikan solat di MasjidilHaram dan Masjid Nabawi...
Alhamdulillah kita antara umatnya yang dipilih olehNya untuk menjejakkan kaki di sana...

ShookranJazilan said...

Ya Noriz alhamdulillah...setia mengikuti kak su...juga...baruni noriz pergi lagikan ke Mekah...tq mari kita kongsi sama-sama ya!!

t linda said...

Ya Allah...bestnyerr...sue sekeluarga dah sampai Mekkah ek...Alhamdullilaahhhh.....amanda dah sama tinggi ngan sue ek....mak aii....dah anak dara ek....rindunyerr kat koranggg....

sue...sms la no akaun zul tu...dah cukup bulan nih...penyewa nak bank in duit sewa nih hehehhehe

ShookranJazilan said...

ok linda datang sini.nanti su bagi.jangan bagi hilang lagi...

mak chek said...

Syukur alhamdulillah selamat menjejaki Tanah Suci. Mak Chek berhajat tetapi Allah SWT yang menentukan. Doakan agar satu hari nanti Mak Chek sampai juga ke sana. Lotsa love.

ShookranJazilan said...

Alhamdulillah kak chek. Kami tahu dan kami faham...Kami berdoa dan seru nama kak chek dan yang lain agar dapat ke Tanah Suci juga.Kita mampu merancang...