Friday, November 28, 2008

Ke DoBye!


Kami baru balik Dubai. ..Akhirnya sampai juga di mana dikatakan pemain bola sepak, David Becham tu di beri tanah di Dubai 'The Palm'-nama tempatnya..tapi tempattu kami tak sampailah Kami pergi bersama rakan dari Sur ( N dan S terima kasih!) sewa kereta pacuan empat roda .

Rasanya macam di Kuala Lumpur bila dah sampai ke Dubaini...macam di jalan Ampangpun ada , di Jalan Pekelilingpun ada , bila naik bot nak ke seberang rasa kejab macam di Venicepun ada di di jeti Penang pun ada...biasalah kalau dalam gambar memang nampak cantikkan.


Menara yang bakal jadi Menara tertinggi di dunia 'Dubai Tower' mereka banggalah! (dalam binaan)

Naik bot...bus air..




















Kami nak ke seberang ...dan nak ke hotel. Pemandangan dari dalam bot.
Aquarium besar dalam 'Dubai Mall' di KLCC pun adalah.



Hotel apartment yang mampu kami bermalam...ingat kampung halamanku...di Hulu Langat, Sungai Serai...kat Dubai pun ada Serai 11..

Hmm..kalau nak sewa rumah..murah aje sini apartment satu bilik lebih kurang 12 ribu dirham( RM 12 ribu) di tengah kota Dubai..cerita benar!






Souq Arab



kain sutera memang murah..(tengah hari...kedai tutup 12 hingga 4 ptg)


deretan kedai kain berderet-deret dan murah tapi sepasang kainpun diri ini tak beli...ada rakan dari Malaysia..beli kain sampai tujuh kayu...balik rumah dia potong 4 meter...laku bila dijual...






Ini gedung kain cikgu Surya..ni..di Dubai ( 10 tahun lagi!! he..he..)... singgahlah...

Antara souq emas..terbesar ' Dubai ...City of Gold'

Dubai juga terkenal dengan emasnya... tak beli juga! ada orang Malaysia, Singapore beli emas berketul dan bawa balik buat rantai, gelang, dan yang berkaitan dan selalu ramai ke sini sebab nak beli emas berkarat-karat..ada satu gedung jual emas semata-mata...


Atuk jual emaske?




'Dragon Mart'...hampir sampai sempadan Oman, balik kami singgah sini...100 % barang dari China...yang menjual juga orang China mali..panjang sangat tempatni tapi menarik...rasanya kena datang lagi...tak cukup sehari...

lenguh berjalan sampai kena naik train sebab tak jumpa..tempat makan...dalam 'mulut naga'ni



Nak kata indah khabar dari rupa boleh juga...tak boleh juga mengata ..sebab kami pergi dua tempat sahaja dan tak lama...kalau pergi berhari-hari dan duduk sana..bolehla nak nilai negara Dubai ini....kalau boleh memang nak pergi lagi! Tapi kalau datang lagi kena bawa minyak urut sebab sakitnya dan lenguh kaki berjalan...dari satu kedai ke satu kedai( souq)...sebab panjang , banyak.. ...dan ...dan...eh tak tahulah nak cerita!

Beli selipar ..sebab kaki dah lenguh ( bukan taktik ya) cantik kan...perasan lagi.

By,

Cikgu Sue

7 comments:

t linda said...

waaaaaaa....bestnyer p dubai...beli apo kat T linda??? dpt beg plastik pon jadik la...hehehhehe
lupo nak suh kim salam kat org dubai tu...heheheheh

ShookranJazilan said...

ok..Dubai!!Linda, memang kami tak mau beli apa2 kat linda sebab nak tunggu dtg oman.org Dubai tu dok menunggu linda ..tak kim salampun kami dah sampaikan...kain tuk kenduri...murah tau!utk sesiapalah yg nak kenduri!cepat bincang dgn kak chek!mesti dtg .2 jam aje dr rumah kami!

t linda said...

heheheheh sabo jek la....jadi ke kak check nak p oman??? bile ek???Tahun depan ekonomi dah merosot....mesti budget lari ooo....

azila said...

hai,just blog hopped here via amy sensei's...blog ni interesting la,shall i add into mine? ;)

ShookranJazilan said...
This comment has been removed by the author.
ShookranJazilan said...

linda...ekonomi merosotpun mesti dtg...tak dtg rugilah! rumah free..bayar tambang kapaiterbang aje?
kak chek jadikan? jadi jgn tak jadi tau!!!

ShookranJazilan said...

Azila..boleh apa salahnya...kak su pun boleh add azila punya ya!tq