Thursday, February 12, 2009

Nak jadi Cikgu

Mengapa nak jadi cikgu?..Lama dah nak cerita...Nak berkongsi cerita.Tahu tak berapa kali Cikgu Suriani mohon nak jadi Cikgu? Kita cerita dulu...

Masa zaman sekolah dulu, selalu cikgu bagi borang suruh isi tiga cita-cita. Jadi yang pertama wajib letak , Guru , Kedua Doktor dan ketiga Cikgu!! Tapi bila tiba sekolah menengah yang pertama kedua tetap sama tapi yang ketiga selalu tukar-tukar antara polis dan paramugari!!

Alhamdulillah cita-cita yang pertamatu tercapai...cuma cikguni belum belajar tinggi lagi.Suka sangat nak jadi cikgu. Kalau jadi paramugari mesti dah `gelama' sekarangkan!

Susahnya cikgu Suriani nak jadi guru tetap.. Lepas sekolah jadi guru sementara selama 5 tahun.

Selamatulah juga tak jemu-jemu mohon jadi guru tetap. Enam kali mohon jadi guru dan kali yang keenamtu baru dapat. Nak tahutak masa temudugatu siap cakap dengan orang temudugatu,

"Encik saya minta maaf , saya nak cakap sikit." sambil takut-takut. Bila orang tu cakap ,"Ya apa dia?" "Encik sayani minat sangat nak jadi cikgu, ini kali yang keenam saya mohon nak jadi guru." Encik tu jawab apa? "Ya? kalau awak dah minta 6 kali tak dapat kenapa awak tak kahwin aje? sambil dia tergelak dengan kawan sebelah.

Ingat sangat!! Tapi kita sabarkan...kitapun jawab, " Encik ,saya bukan nak kahwin saya nak jadi cikgu , "...Hmmm enciktu senyum...dia jawab, "Ok"...dan dia boleh kata lagi...masa nak keluar..." kalau awak tak dapat jadi cikgu kalini masuk kali ke 7 awak kena mandi bunga tau!!"

Teruknya orangtu!! Takla..lepastu dapat jadi cikgu pelatih di Maktab Melaka (kisah 18 tahun dulu)...masa orientasi pensyarah tanya mengapa nak jadi cikgu, kitapun cerita pasal mandi bunga ,pensyarah dan rakan baru tergelak.

Tapi ada seorang kawan yang cerita masatu juga, dia tak minta langsung nak jadi cikgu lagipun dia tak minat ,ayah dia yang isi borang, tahu-tahu dapat ujian bertulis dan temuduga...sekali saja minta terus dapat! Itulah keganjilan, asam garam hidupkan.. kerana itu saya sayang sangat gelaran 'Cikgu'.....Redhalah akan ketentuanNya...yang pasti setiap sesuatu ada Hikmahnya...


By

'Cikgu '

2 comments:

AMY SENSEI said...

alhamdullilah, pertama kali mintak terus dapat masuk maktab, masa tu umur saya baru 18 tahun kak sue, arwah mak la yang paling seronok sekali, dapat surat dari posmen terus menjerit-jerit dari luar rumah kata: amy! hang dapat maktab miiii!!!! terkejut saya masa dok dok baguih tidoq lagi..(bangun lambat hehe..)

ShookranJazilan said...

Alhamdulillah Amy..mudahnya Amy nak jadi guru...kak sue masuk maktab dah tua..semua org panggil kakak ..sampai lecturerpun panggil kak sue tapi tak marah..suka sebab dah dpt cikgu...bersyukurlah..