Wednesday, February 18, 2009

Bilik Keluarga

Family Room? Masa mula-mula makan di kedai di Oman rasa popular...perasan lagi ni...

Sebab tak tahu kita terus masuk dalam kedai. Lepastu semua orang pandang...Lelaki semua!Owh rupanya kalau nak makan berkeluarga di sini ada 'Bilik keluarga' yang dipanggil "Family Room'...masuk ikut pintu lain yang kecil. Ada bilik khas macam V.I.P tu. Mereka letak tabir atau penghadang .

Jadi siapa yang pakai purdah bolehla buka . Siapa yang ada anak-anaknya aktif macam anak-anak bertuahku ini bolehla tak malu sangat...mungkin mereka ingat anak orang lain yang menjerit atau makan berlaga sudutu. Bolehla makan banyak juga.Anak-anak kata kita makan `berjemaah'kan mak? Yalah anakku...





Jangan salah pintu ,masuk 'Family Room' tau. Ikut pintu lain.

Haritu kami pergi doktor gigi terus masuk satu keluarga dan duduk menunggu dengan meriahnya. Kebetulan belum ada orang.Tiba-tiba Amanda kata kena duduk asingla. Tengok gambar...Bilik Lelaki dan Perempuan asing. Jadi kami sendiri malu. Kalau nak bersembang susah juga. Kejab-kejab Adam dan Ali tinjau tengok mak dia.









Papan tanda bilik 'lelaki gagah 'dan 'wanita sejati'....







Sudah tentu bilik airpun asing. ..bilik air wanita




Ini di klinik gigi yang sama. Semua dua. Dua bilik menunggu dan dua bilik air.Dalam bilik menunggutu juga ada dua benda yg sama,majalah, sejadah, kerusi dan televisyen. Jantina manusia saja tak sama.






Ada restoran Baru buka...boleh duduk campur tak ada langsir. Siapa datang sini kira orang modenla.


Budak ni dalam Bilik Keluarga la..bukan di rumah ...




Family room lagi...banyak sini...

Tengok di tv Oman masa perlawanan bola sepak tu bagus juga sebab orang lelaki dan perempuan duduk asing..tak campurpun..kecuali yang berkeluarga bawa anak kecil duduk sekali...

Walaupun dah ada restoran baru yang boleh duduk campur...seorang kawan Iraqtutak berapa suka.Yalah mereka dah biasa asingkan. Tapi di Muscat, Carrefourtu...ada banyak tempat boleh makan campur semua.

Seorang kawan Malaysia cerita ada satu keluarga Oman datang rumah dia , yang perempuan terus masuk bilik tidur dia, ingatkan nak solat atau apa ,rupanya memang adat mereka .Bila tetamu datang rumah, yang lelaki duduk asing yang perempuan masuk bilik.Jadi bilik mesti sentiasa 'up to date'la. ..Oooh kalau datang ke rumahku masuk bilikku...terus ajak tarik cadar, sapu sawang , cek tempe ada tak bawah katil, dan buat apa yang patutla. Tak baik cikgu...



By,

Cikgu Sue
.,

5 comments:

Mrs Who? said...

woa.. thanks for the info.. takut nya org mai uma msk bilik.. adab org melayu, kita tak bagi org luaq masuk bilik tido.. takutnya..

melayu memang bagi kalau tetamu masuk ruang tamu..
melayu bagi kalau tetamu nak masuk ruang makan..
melayu bagi kalau tetamu nak masuk dapur..
melayu juga bagi kalau tetamu nak masuk bilik air..

tapi jgn sesekali masuk bilik tidur.. hak privasi.. kerana kita, tuan rumah..

**diambil dari mykmu.net apabila ada seseorg memberi komen mengenai tanah air makin hilang kuasa oleh kita yang menjaid tuan rumah...

ShookranJazilan said...

Wow lyna..hebatnya lyna..sekarang...memangpun orang melayu..pantang masuk bilik..terutama bilik ibu bapa..kalau nak masuk bilik ibubapa orang tua pesan ketuk pintu dulu...depa sini tak apa pula...tapi kalau mai sini masukla..bilik mak su..sebab rumah kecik..tak ada tempat lagi nak round...tapi kena ketuk pintu dan ketu ketampila (gurau )..tq n take care..

t linda said...

salammmm....kat mmu ni ramai staff2 arab nih...kite pernah la join usrah dierang....taim masak2 pompuan2 semua kat dapo....lelaki plak yg masuk bilik....sbb bilik kat umah upsilon yg linda duduk dulu tuh kan beso....so yg lelaki mkn dlm bilik tu la....pompuan2 kat hall jek...tap bile lelaki2 tu nak balik..pompuan2 sumer kena masuk dapo tak pon dok kat bilik belakang....best gak budaya mcm tuh....leh jamin tak de maksiat...heheheh

ShookranJazilan said...

Yala linda..kat sini setakatni selamat mata..tak ada merpati dua sejoli yg berjalan berduaan-duaan yg belum bernikahla...kat tempat terbukala...
ada juga dibuat di Malaysia ya..
ada kwn cerita dia terpaksa sms dgn suami dia dlm satu rumah kalau nak apa2 atau nak ajak balik...habis cepat kredittu...
linda kalau mai sini jgn pulak risau tau...tq

ShookranJazilan said...

Yala linda..kat sini setakatni selamat mata..tak ada merpati dua sejoli yg berjalan berduaan-duaan yg belum bernikahla...kat tempat terbukala...
ada juga dibuat di Malaysia ya..
ada kwn cerita dia terpaksa sms dgn suami dia dlm satu rumah kalau nak apa2 atau nak ajak balik...habis cepat kredittu...
linda kalau mai sini jgn pulak risau tau...tq