Sunday, March 8, 2009

Ambillah rumputtu....

Masa sedang sidai kain di luar datang orang sebelah perempuan...dia tanya dalam bahasa Arab apa khabar...sambil cubit pipi...ramahnya..nampak muka macam nenek yang selalu ambil rumput tapi versi muda...

Dia cakap dalam bahasa Arab laju sangat sambil tunjuk rumput, tunjuk tangan macam nak makan...Bayangkan dia nak minta izin nak ambil rumput...sangat hairan sebab macamlah rumputtu kami yang punya...cakap kat makciktu..dalam bahasa Inggeris " Yes you can take"...Dia cakap lagi dalam Bahasa Arab berabuk dan ada dengar perkataan "Asar..."

Oh..dalam hati faham..dia datang nak ambil rumputtu...lepas Asar..jawab kat dia ok ambiklah lepas Asar...siap tanya kat dia nak bagi kambing dia makan pagi esokke?, dalam Bahasa Inggeris...Dia angguk dan jawab dalam Arab, dia tunjuk rumah dia di sebelah...
Bagus betulkan dia cakap Arab kita cakap Inggeris...

Masa dia nak balik dia siap peluk dan cakap lagi tunjuk anak-anak mana...Dia kata "madrasah"..kitapun jawab "madrasah"...Satu, dua fahamlah...

Jadi bila anak-anak ,suami balik ..cerita kat dia orang..
"ada makciktu minta izin nak ambik rumput nak bagi kambing dia makan,
" Macamla rumputtu emak yang punya...
" Mak cakap Inggeris, ambikla rumputtu banyak-banyak"
Anak-anak siap cakap, "seronokla mak dapat kawan baru..."
"Itula..dia nak datang ambik rumputu..lepas Asar nanti.... mak nak berkenalanlah, nampak baik..."

Tunggu lepas Asar tak nampakpun bayang dia...lama-lama tak tunggupun...Kami ke luar petangtu...sebab nak ke kedai...masa duduk dalam kereta ..nampakla..sebelah rumah ada banyak kereta....tak fikir apapun...tapi dalam perjalanan tiba-tiba..terlintas dalam fikiran......#%$#^&*!?


Dah sah dan dari fakta-fakta yang sahih... Makcik yang datang siang taditu bukan nak ambik rumput bagi kambing. ..tapi sebenarnya dia jemput ada kenduri doa selamat lepas Asar...patutla dia tunjuk tangan makan, tunjuk rumah dia dan ajak kami sekeluarga sekali..sebab kadang budak-budakni ada main kat luar rumahtu...

Itula...kononnya fasih bahasa Arab..kelaspun lama tak pergi..Cikgu dah balik Iraq...
Kasihanla..kat 'makcik' seorang lagitukan yang perasan rumput dan kebun kat belakang rumahtu dia yang punya...walhal 'Ahmad Albab' yang punya....padanlah muka!
'Rumput , kebun dan penyidaiku....'

Pagar jiranku....

By,

Cikgu Sue

2 comments:

t linda said...

heheheh kelakar la sue nih....macam itik bercakap ngan ayam la tuh...hehehehe

ShookranJazilan said...

heheheh..kelakarke tu linda? tak nampakpun orang lain gelak...linda aje yang gelak...tak apa ..kita ceriakan hidup ini..sapalah daku tanpa mu...terima kasih kerana membaca penulisanku...yang tak seberapa ini...terus setia..hehehe...