Tuesday, March 24, 2009

Cari Rumah

Kami mencari rumah baru...sebenarnya penat kalau di fikir nak pindah...Tapi rumah yang kami tinggal ini banyak kekurangannya...kalau dicari kekurangan banyakla..kekurangannya..kalau dicari kelebihan maka itulah sebaliknya...

Tapi kami dah jumpa sebuah rumah agak cantik yang sebenarnya kami tak pasti nak pindah atau tidak..Dekat lagi dengan pantai...naik kereta jugalah...Janganlah risau segalanya akan diberitahu nanti...saya pemberitakan!

Jadi nak tunjuk dulu...gambar rumah ini...kalau kami pindah ke sini..rumah ini rumah kami sahaja...maksudnya...kami tak tinggal di 'apartment ' lagi, makanya tidak berkongsi keriuhan anak-anak bertuahku bermain, kadang berkongsi ampaian jua...dan tidak berkongsi rumput ,kebun dengan nenek yang selalu ambil rumputtu (rasa sayu juga nak tinggalkan nenek dan rumput tu..juga 'makcik' jiran yang baik hatitu...alah yang jemput kenduritu...!)


Tengoklah wajah rumah ini dulu..setuju tak kami pindah ke rumah baru?..Wah, pindah rumahpun nak tanya pendapat orang! Secebis pertanyaan jua adanya...Yalah kalau ramai yang mendoakan makanya senang kami senanglah semua orang...terutamanya dari Malaysia boleh tolong datang angkat bebarang...


p/s Gambar tak dapat disiarkan..oleh kerana kesilapan teknik yang dilakukan oleh diriku....nanti akan disiarkan ya..maaf! Tunggu episod seterusnya...

By

Cikgu Sue










No comments: