Sunday, March 15, 2009

Banjir di Kampungku....

Petikan Harian Metro...14 Mac 2009

HULU LANGAT: Ratusan rumah di kawasan sekitar Jalan Hulu Langat ditenggelami banjir kilat sedalam hampir tiga meter awal pagi semalam.

Kejadian itu disifatkan paling buruk sejak 18 tahun lalu.

Banjir berkenaan menyebabkan lebih 300 rumah ditenggelami air yang turut memutuskan perhubungan 10 jalan utama antara Batu 9 Cheras menuju pusat rekreasi Sungai Tekala di sini.

Bencana itu turut menyebabkan beberapa rumah dihanyutkan air yang masih menenggelamkan kebanyakan kampung di Sungai Serai dan Dusun Tua di sini.


....Pagi itu..dapat sms dari ayah dan seorang rakan guru , kami buka TV 1...tertulis di bawahnya..banjir besar di kawasan Hulu Langat terkejut dan tak sangka di Oman ni (masa berita semasa )kami dapat tengok rumah mak ayah masuk dalam TV...

Wow! wow ! kami menjerit tengok rumah mak ayah masuk air...dan rasa terharu pun ada, tak dapat nak menolong... , anak-anak siap cakap rasa nak masuk dalam TV nak tolong mak tok , tok wan ..Seronoknya nampak rumah tu dalam TV...

Masa telepon mak..mak siap tanya, "nampak tak pokok bunga mak..?"kami nampak mak..kami semua menjerit... Alhamdulillah mak dan ayah selamat walaupun agak penat mengemas, syukur ramai membantu......terima kasih...

Pokok bunga tak apa mak boleh di cari ganti.....kasih sayang selamanya dari kami....


By,

Cikgu Sue


7 comments:

Anonymous said...

Salam kak suria...
Ni liyana nih...sekarang di rumah ibu di langat...datang melawat atok langat dan ibu...jangan risau...mereka sehat...cuma kesian tgk depa penat berkemas...memang teruk banjir di sg serai nih...rindulah pada kak suria!!!

salam sayang,
~Liyana Mustafa~

Anonymous said...

Salam Suria...
Suria,walaupun bencana alam...ayah gembira kerana ramai adik beradik datang tengok keadaan kami di sini...macam ada majlis keramaian pula...ada yang datang bawak beras,stok makanan,murtabak...memang prihatin btol pada mangsa banjir nih...Ayah dah botak...adam pula ada bgtau yang beliau dah tumbuh misai...hahaha~ cakap tahniah pada dia...Pada amanda,pesan jangan terpikat pula dengan orang OMAN...Ramai orang malaysia yang hensem lagi disini...hehehe~ Kedai mainan di batu9 semakin besar dan juga atok menunggu kepulangan adam sbb nanti boleh bawak gi beli mainan...Terima Kasih kerana kirimkan duit kepada kami.Jaga diri baik-baik di sana.Kirim salam pada cucu-cucu ayah...Assalamualaikum...

ShookranJazilan said...

Salam sayang Liyana!!!...rindu juga...dengan mak usu pak usu semua..harap mereka sihat..terima kasih melawat..n beri comment...
banyak ke Liyana tolong kemas...penattu....ada masa kita jumpa ok.rindu nak makan masak telur kuning mak usu!tq

ShookranJazilan said...

..Ayah..seronok pula dengar ramai datang!!cemburu kami...ialah masa ni juga dpt jumpa tanya kabar ,sedapnya makan murtabak...kami ok semua..pandailah adamtu kata dah ada misai, Amanda..ok sibuk exam kami semua rindu-rinduan family...jaga diri mak ayah juga..pesan mak jgn sibuk dan teruk mengemas..bunga-bungaan mak masih nampak cantik dalam tv tu...
Sayang selalu dr kami di rantauan..

ShookranJazilan said...
This comment has been removed by the author.
Mrs Who? said...

hai maksu.. itulah, terkejut kami tgk rumah mamak bah..tp mujur selamat...

ShookranJazilan said...

Hai Lyna..itulah..tak sempat juga merasa suasana banjir...18 tahun dulu mak su tak ada juga..ada di Maktab Melaka..thanks Lyna..