Thursday, March 26, 2009

SeriLilin

Kami dapat dua jemputan makan.
La..Inipun nak cerita?..menghabiskan makanan aje...

Sebenarnya seorang rakan ajak kami sekeluarga makan kerana harijadi beliau..jadi kami memanglah bersemangat ..dia jemput kami sekeluarga sahaja...dia tak nak heboh tapi biasalah...sebagai pemberita sambilan kena meriahkan majlis.

Tak tahu apa nak beri dan bawa esok..sebab makanpun di luar , jadi merangkap tukang masak ...malamtu..rendam pulut..kononnya nak buat 'suprise' kek serimuka...

Jadi sebelum hidangan sampai kamipun mengeluarkan kuih serimukaku...dari rumah dah siap bawa sebatang lilin dan mancis...ha..ada ke orang buat potong kuih serimuka letak lilin? Di perantauan segalanya bolehkan.....Bukan budaya kitakan tiup lilinni....tak apalah nak meriahkan suasana.jadi majlis nampak meriah dengan adanya kek serimukaku.. agaknyalah.......

Sedikit bahagia jua. Menurut pakar motivasi mem'bahagia'kan orangtu satu budi juga..tapi budi jangan minta dibalas, juga jadilah seperti lilin membakar diri untuk menerangi orang lain...chewah!

Serililin




Majlis kedua makan dengan kawan baru...dari Egypt..sebab suami dia baru bekerja di sini, seronok dapat kawan baruni.. comel dan sangat peramah...Dia bekerja sebagai pengalih bahasa Arab Inggeris di stesen Al Jazeera..salah satu rancangan alih bahasa beliau ialah ' Spongebob'

Dia cerita dia ada seorang adik lelaki pelakon terkenal ...Dia kata nanti dia bawa cd yang adik dia berlakon...malangnya bila sebut nama kita tak kenal..tapi harap dia faham ...macam kita juga kalau tanya dia Saiful Apek, Maya Karin , Amirul Ukays
( adikku jua) dia kenal ke?..


Tapi agak terkejut bila sebut nama hero dan heroin filem Hindustan Shah Rukh dan Priyanka Chopra.... kami berdua tahu...... dan dia kata dia boleh menangis kalau tengok cerita Hindustan...kita pun rasa nak menangis dengar sebab tiba-tiba teringatkan Filem Bukit Kepong siapa yang sezaman denganku pasti tahu....cerita patriotik tu cikgu! ..Amboi!


Kawan baru tu beri hadiah bingkai gambar, Ali lukis dan letak lukisan dia dalam bingkai tu..."Ali dan Famili " katanya..

By ,
Cikgu Sue


6 comments:

Anonymous said...

amboi sedap nampak kueh serililin tu...ok gak ganti hadiah besday dengan kueh..."it's the thought that counts". Mana foto rumah yang baru?.MC

AMY SENSEI said...

kak sue, ingatkan abg dato K tadi, hehehe..

ShookranJazilan said...

ok mc..memang ingatan abadi tu yg kekal abadi selamanya...buat kektu..selalu dahkan..tq tcare

ShookranJazilan said...

he..he..amy..adik nyalah..sepusat sepusing ayah lain-lain mak asing-asing..tq amy

ShookranJazilan said...

mc..gambar rumah baru klu jadi pindah akan disiarkan ya...

Anonymous said...

Salam,

Analisis gambar lukisan Ali:
Sebuah keluarga yang sangat bahagia. Kegembiraan jelas terpancar dari wajah setiap ahli keluarga walaupun hidup dirumah yang serba serdahana diperantauan.

Wassalam. PCN