Monday, March 10, 2008

Jalan dan Lompat

Jalan dan lompat

Tengok berita Al Jazeera dan BBc, Wah, hebat pilihanraya di Malaysia!...rasa macam ada kat Malaysia kejab..tengok pengundinya mengundi dalam bilik darjah..siap ada kata-kata hikmat dalam kelastu..semasa orang sibuk mengundi kameratu fokus..Pandai pulak Mat Sallaehni fokus kat situ.."Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain"..teringat pulak masa mengajar di Malaysia...sesekali terasa rindu...nak jadi cikgu balik 'makan roti Arab disini tak sama macam makan belacan di Malaysia'..tapi mengajar...anak-anak kat rumahnipun rasa tak cukup masa sekarang...

Harap suasana ok..tak dapat mengundi tahunni..InsyaAllah moga dapat mengundi lagi 5 tahun..Teringat juga masa menjadi kerani undi..semasa menjadi guru sementara di Cheras Baru..pertama kali jadi kerani undi..tak silap tahun...1990..balik malam..ayah jemput..orang ramai riuh kat luar sekolah nak tahu keputusan..macam-macam..perkara yang mereka sebut..semua orang tak kena semua tak betul..masatu kata tak tahu bersyukur betul orangni...kadang fikir hidupni begitu singkat..kenapalah nak maki-maki orang...asyik marah-marahje masatu..masatu macam kita kerani undi pulak yang bersalah..

Hantar orang yang tak tahu bersyukurtu kat Somalia baru tahu..Dalam tv sini..orang Somalia rumah dahla rumah macam reban ayam..sejuk pulaktu..nampak kaum wanita dia kutip sayur macam rumput ..masak..berebut-rebut nak makan! Tak ada orang yang besar di situ,semua kurus -kurus kat guruntu.. Bila ayah dah datang jemput lega! Tak sanggup nak dengar makian..Dapatla enam puluh ringgit selepastu..masatu enam puluh ringgit banyak!!



6 March hantar Amanda dan Adam kat Food Festival dulu. Mereka kena pergi awal..pukul empat..Sebelumtu tiga hari berturut-turut bawa kereta nak tengok jalan. Masa hantar haritu..Banyak kali Adam cakap mak jangan sesat tau masa balik..Insyaallah..mak tak sesat..hari-hari pergi..Tempat Festivalni dekat dengan taman permainan..yang kami pernah pergi jalan kaki lebih kurang sejam dulu ..Di taman Permainanni la..seorang wanita..yang memakai abaya..memanjat pagar..sebab tak ada jalan keluar..masa pergi boleh masuk..tapi masa balik orangtu tutup pintu pagar..apalagi tak ada jalan keluar..anak-anakpun jerit..panjat mak panjat..mereka dah lepas dah,"lepas panjat mak kena lompat"..takutnya masatu ..tapi tak ada pilihan..lompat juga.Anak-anak nak ambil gambar tapi tak bagi..bila dah lompat pagartu..semua menjerit.."Wah, mak terror"la..mujur tak tergolek..lepastu baru nampak ada orang tengok ,masani orang nak kata perempuan tak baik Redha ajela.....Seronok juga panjat pagarni..kat sekolah dulu tak pernah masuk acara lompat pagar.


Sambil bawa kereta balik dengan Ali berdua tu..Alipun kata..mak kenapa jalan nak balik rumah kita makin lama makin kecik..Sah, dah sesatdahni..Sesat lagi..Ali siap kata makni suka macamtu..jalan kat tempat-tempat lain..dah sinonim dengan sesatnih! Tak dapek nak nolong. Ma'asalama. Adam dan Ali bersama kawan Egypt dan Pakistan..di Food Festival, pandai cakap Melayu..tanya.."auntie sapa nama awak? Adam ajar kawan cakap Melayu.

By,

Cikgu Sue

No comments: