Wednesday, March 19, 2008

TAPIS SENDIRI

TAPIS SENDIRI

Banyak tv channel di sini ada seribu lebih... ..Tak tertengok.sahaja. Thai ada 2
Channel di sini.Tapi orang Thailand tak ramai di sini.Malaysia tak ada! Kalau nak rasa
tengok ala-ala Malaysia sikit bolehla bukak Channel Thailand.. Cerita dari negara
Arab,Egypt banyak kat sini . Fu-yo ada tarian Arab, cerita India, Pakistan-Hindustan,TV
Dubai,cerita orang putih lagila banyak,kartunpun banyak..cerita Korea ada dapatla tengok
cerita bersiri Korea yang dulu di Malaysia tak minat nak tengok, lagipun masa terhad masa
di Malaysia.Kalau Yan mai sini mesti suka dapat tengok cerita-cerita Korea. Mesti cepat
dapat cakap Korea. Haya Sai-yo! (Betulke ejaanni Amy? yang ada di Jepun sekarang). Banyak
lagi rancangan tv yang belum ditengok.


Di sini tak ada Lembaga Penapis Filem macam di Malaysiatu. Lucu juga..negara Islam
tapi tv dia tak ada tapis-tapis.Jadi kitala kena tapis dan potong sendiri. Tapi ada
password untuk rancangan yang budak-budak tak boleh tengok langsung. Mula-mula dulu mulutni la kena cakap kat Amanda..channelni tak boleh tengok.channeltu tak boleh tengok..terkejut juga!,lama-lama dia orang faham...tvni tak baikkan mak..mak jangan tengok! Amboi,mak dia yang tak boleh tengok... Kalau ada rancangan yang tak sempat di `sensor' dia orang yang menjerit sambil tutup mata...dengan tapak tangan (tapi tutup tak rapat jari) sambil
jerit'jangan tengok-jangan tengok, berdosa'.Lagila semua nak tengok! Kadang rasa dah guna
password tapi adaaa lagi rancangan yang `berdosa'. Kalau nak tengok movie kena hati-hati
tengok tajuk dulu..kalau tidak bahaya dan banyak dosa!


Ada movie kanak-kanak ,movieni selamat dan boleh ditengok dengan senang hati.
Mula-mula sampai depa sibuk nak tengok Astro,`Macam-macam Aznil' dan kartun `Lat-Kampung boy'.Tapi sekarang dah ok..dah tau rancangan kanak-kanak banyak. Tapi yang seronoknya di sini rancangan iklannya satu atau dua sahaja. Kadangtu tak ada iklan lansung. Kadang baru nak bangun cerita dah mula balik. Kena bersediala dari awal kalau nak ke `toilet' atau nak makan minum.


Baru-barunipun kami pergi rumah orang Malaysia dia bagi pinjam cd .Kami pinjam tiga
cd , dua cd melayu dan satu cerita english.Kalau ingat CDni ingat kat kak chek sebab
sentiasa ada cerita terkini untuk anak-anak saudara tengok.Kamipun tumpang sekaki.Tq kak..
CD Melayu tu satu cerita tajuk Enot,okla (dah tengok di Malaysia) dan satu lagi tajuk ~Man
Laksa arahan Mamat Khalid.Baru tengok ceritani.Seronok dan menarik tengok ceritani ,dari
mula sampai habis asyik tergelak. Riuh rumah. Orang-orang di Malaysia dah tengokke
ceritani? Seronok tengok suasana kampung Malaysia dalam ceritani. Ada lagu SM Salim
yang menyentuh jiwa, antara senikatanya...~Sungguh jauh dikau pergi..kenang daku dalam
doamu...~terasa memang jauh..kami di Omanni bila dengar lagutu..
Dialog yang paling budak-budakni hafal..."Ampunkan saya, saya dah bertaubat," masani
Yassin yang bercakap. Lepastu kalau marah sikit budak-budakni asyik sebut "ampunkan kami
mak, kami dah bertaubat!"cakap macam robottu. Hai nak marahpun tak jadi...

"Sungguh jauh kami pergi..kenang kami dalam Doamu..sungguhlah memang...."



By,

Cikgu Sue.

p/s:ada masalah teknikal,gambar tak dapat dimasukkan. tunggu...

2 comments:

AMY SENSEI said...

anyung hai saiyong- apa khabar dlm bahasa korea, konnichiwa dlm bahasa jepun...hehheeh..kat sini citer jepun aje..kalau citer org putih pun ckp jepun gak!

ShookranJazilan said...

ok amy tq.nnti kita tukar belajar bahasa. nnti blik mesia kita terror oo..arab n jepun... dlm jepun apa `tq'? Konichiwa!watakushi-wa suriani.al salaam a' alaykum ismi suriani.