Wednesday, September 10, 2008

Kenapa Lambat ?

Kenapa lambat keluarni? Risau juga . Tapi fikir yang baik dulukan. Beginilah nak cerita...pada tarikh kemerdekaan 31 Ogos ( Chewah, patriotiknya) anak-anak bawa balik kertas yang mengatakan waktu balik sekolah bulan Ramzan (sini panggil begitu) pada pukul 12.30. Jadi esoknya 1 September kitapun pergilah sekolah nak ambik anak-anak. Pukul 12.15 dah sampai sekolah. Tengok suasana sunyi..sepi...nak jadi sepi itu indahke? Hinggala 12.30 tak nampak bayangpun budak-budak sekolah keluar. Takpelah tunggu hingga 12.35, 12.45 dan nak hampir pukul 1.00. Eh dah nak marahni...Ibubapapun tak nampak nak tanya. Keretapun tak banyak.Pagar berkunci. Ke mana anak-anak aku pergi ni...?







Surat yang mengatakan anak-anak balik 12.30 semasa Ramzan. Bertarikh 31 Ogos.


Tunggu dalam kereta sampai dah keluar kereta.Ha..nampak tukang sapu .Kitapun melambai dari luar. Dia cakap mafi-mafi...Alamak dia tak tahu Inggeris .Kita tanya kenapa budak-budak tak keluar sekolah lagi,kan bulan Ramzanni? Kita cakap campur Arab sikit, Inggeris sikit , Melayupun ada.! Dia tunjuk isyarat tangan suruh tunggu...Sambiltu sempat tangkap gambar sekolah dan buah kurma...di hadapan sekolahtu...Lepastu .Tukang sapu tu keluar siap nak tanya nama anak dan kelas apa. Dia tulis di tapak tangan dia nama Ali, Adam dan bila nama Amanda kena eja untuk dia. Nampak dia suruh tunggu lagi.Sabar .Puasa kena banyak sabar .



Tengok jam hampir 1.07.Nampak gurubesar perempuan keluar dan pandang.. Dia masuk balik .Kemudian penolong kanan dia keluar, lelaki. Penolong kanan siap tanya kenapa? Kita cakaplah( dalam Bahasa Inggeris) dalam surat tulis bulan Ramzan balik 12.30. Habis tengok jam 1.12 dah masatu.Kenapa budak sekolah tak keluar-keluar? Konon macam kita marahla. Penolong kanan dia kata memangla..bulan Ramzan balik 12.30.....tapi bulan Ramzantu ESOK 2 September!!!! Ha...apa..?kita katala..tanpa berfikir panjang, eh harini Ramzanla! Malaysia harini puasa. Dia terus cakap di sini Oman kita kena ikut Oman, di mana negara yang kita berada dan adala lagi yang dia cakap....bla, bla..Ya Allah, masani rasa betul-betul diri ini macam Mak Andeh. Nak gugur segala urat-urat muka...


Pokok kurma depan sekolah... mesti dia senyum pada kitakan...

Jadi masa ambil dia orang (masa dalam kereta) semua jerit ," mak !!!Oman puasa esoklah!. Tapi Adam dan Amanda pandai cover bila kawan-kawan tanya , kenapa tak makan? Dia orang cakap dia orang kenyang dan nak 'diet'! Mak dia yang yang terkedu...ingatkan ada ceramah Ramadanke...kat sekolahtu....keluar sekolah macam biasala 1.40.Sampai rumah kami tergelak...besar!! Mesti jadi bahan umpatan Guru besar dan Penolong Kanantukan dan seterusnya cikgu-cikgu mereka....Memangla kami tengok tv Oman malam sebelumtu tengok berita dia dalam bahasa Arab konon fahamla! Siap cakap macamni, "Oh, Oman pun macam Malaysia sama esok 1 September posa, nampak anak bulanla." Pandaila Pak Pandir dan Mak Andeh ni....mujur juga tak jadi Lebai Malang..., Angan-angan Mat Jeninke masatu?Tah apa yang kami faham.Kalau tahu cikgu Iraq kami yang ajar Arabtu mesti dia buat kelas intensif...pagi petang siang dan malam !!!





Kalendar Malaysia(kalendar kuda)...Awal Ramadhan 1 September./ Isnin..tapi sini pun tengok anak bulan, sini posa 2 September/ Selasa!!



Beli kurma ...pejam mata sesaat konon bayangkan beli 'otak-otak' di pasar Ramadan...





Puasa kedua kami buka dengan minum susu unta...diberi oleh rakan orang Oman tiga botol, ingat anak-anak tak suka...tapi sekejab dah habis...minum dengan cereal juga,pertama kali minum...ada bau sikit tapi sedap...baik untuk lelah, hati..jantung ,bahagian dalaman...macam doktor dah...




By,

Cikgu Sue .





1 comment:

khaz64 said...

Assalamualaikum,
Saya baca blog Cikgu sebab boss saya dah tanya kalau saya kena pindah ke Sohar tu boleh ke? Ada banyak nak tanya tentang keadaan di sana, terutamanya tentang kos sarahidup, kalu sorang, kalau bawa keluarga. Sewa rumah, makan minum, pengangkutan, perubatan, sekolah anak ( mungkin seorang saja yg boleh ikut ( 12thn)...Boleh Cikgu bantu? Emel saya, khairul_ak@yahoo.com
Salam Ramadan untuk Cikgu sekeluarga.