Monday, September 22, 2008

Kirim Raya

Jadilah..walaupun balik sekejab...nak ambil stok barang-barang juga .Wah panjangnya list barang yang nak dibawa dari Malaysa...biarkan... Kicap senarai nombor satu...ada lagi setengah botol, punyala jimat...kadang hairan juga kenapa barang Thailand ,Filipina dan Indonesia banyak di sini.Agaknya orang Malaysia tak ramai atau orang Malaysia kurang aktif nak promosi barang sendiri...anak-anak Melayu bangunlah wahai bangsaku,berjuanglah ...ini macam baca sajak dah...

Sebenarnya nak cerita pasal raya yang mendatang,tengah kalut nak susun barang dan hari-hari selalu dok fikir apa nak masak? Naik bingung rasanya... Raya-raya... teringat pelita , teringat mercun bunga api ketupat lemang rendang dan segalanyalah...zaman kecil yang paling seronok...dulu-dulu kalau raya baru dapat baju dan kasut baru......manalah ada banyak 'shopping complek.' besar-besar macam sekarang di Malaysia...beli baju rayapun di pasar malam...Seronok tak kira...hari-hari tengok kasut dan baju dalam lemari ..yalah takutla kena curi...sapa ada cerita yang sama marilah kongsi...


Kuih cara ku...


Apple pie mu...

Tak sedar masa berlalu kitapun dah tua. (bukan tua tapi matang fikiran)..anak-anak pula mengambil giliran...zaman berubah...Anak-anakpun sibuk cerita nak' henpon' baru...kalau dapat duit raya...saban tahun tukar 'henpon ' wei!

Jari sepuluh disusun...ada nak kirim barang? Sempat lagi.. tempahan masa dibuka ...tapi di blog ini sahaja...antara barang yang boleh di bawa dari sini...kurma ...tak ada apa sangat di sini...banyak barang 'Made in China '...ada rakan nak hati unta kering , kami tengah cari...kalau ada akan di bawa, kakak iparku nak kemenyan yang boleh dimakan tak jumpa lagi...nanti kami carilah apa benda ala-ala kemenyan yang boleh dimakan ok?
minyak wangi ada, habatul Sauda ada, bukhur- haruman yang di asap bagi wangi kedai atau rumah ada, (ini macam nak buka pasar malamni)... Abaya nak?...yang murah tak berapa cantiklah...tapi semua satu warna hitam je. Balik Malaysia abaya berehatlah, pakailah pakaian kebangsaan ya Cikgu...Ok jumpa lagi.. Pantun raya

Hari raya nak pakai kebaya,
bulan posa 5 kali makan kuih cara , huwa!
Maaf dipinta sempena raya
Akan kubawa balik kicap jua...huwa!


Bukhur - (org Oman guna bagi wangi kedai atau rumah...kamipun guna jugalah...bagi wangi rumahku syurgaku..) setengah orang Oman guna bagi wangi abaya atau jubah putihtu..



Habatul Sauda hitam



Kicap yang tinggal sedikit...huwa!

Jumpa selepas raya...

By

Cikgu Sue

2 comments:

t linda said...

haaaa ...nak la yg tempat pewangi umah tu satu.....ingat kan kat zul..ari tuh kite pesan koma2 @ saffron ..kalo murah la....dlm 20 hengget ka.. hehehhe
waaaahh....teringat kelazatan kuih cara sue yg termasyhur sampai ke tanjung malim....hehehehe

Amanda Zulkarnain said...

internet miongla linda...dah lama su balas komen linda tak masuk rupanya...dah beli yg linda minta, kuih cara...ala kuihtuje yg su pandai linda..sampai tg malimtu kuih pau tg malim kat simpangtukan ?