Thursday, September 4, 2008

LambaianMU 3

Amboi,Macam drama bersiri pula ada sambungan, satu, dua ,tiga. Tapi suka hati kitakan. Kita tak susahkan orang. Sebelum menulis lebih lanjut tak lewat rasanya nak ucap selamat berpuasa dan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51."Perpaduan Teras Kejayaaan." Hmm masani teringat pula cerita masa sampai di Madinah.

Ada lagi satu keluarga Iraq yang dalam bas kamitu, masa tunggu nak `check in' di hoteldi Madinah dia suami isteri datang bersama orang Tunisia ,suami dia tanya lebih kurang macamni," Awak Malaysia?" Kitapun jawab ya. Ini mesti orang Iraq yang lagi satu beritahuni., kata dalam hati.Dia terus kata " Malaysia nice and good."

Sambung dia lagi, Putrajaya di Malaysia ada bangunan cantik dan ada tasik cantik. Kitapun terus tanya , kena alih bahasa melayuni, "Bila pergi Putrajaya, bila pergi Malaysia" Dia terus kata ,"dia tak pernah pergi Malaysia! Dia tengok di internet sahaja dan orang cerita,Malaysia negara Islam contoh!!!" Dia dan isteri berharap suatu hari dapat pergi Malaysia bawa anak-anak. Dia kata nanti bagi `adress' di Malaysia pada isteri dia ya.Masani rasa kembang sangat abaya yang dipakai... Rasa nak menjerit kata, aku bangga! Ini benar , siap catit dalam buku nota...Eh selalupun cerita yang benar! Dia doktor haiwan , manakala isteri dia ahli farmasi.Tapi macammana Malaysia sekarang ya. Rasa nak bagitau balik, itu dulu....tapi tak mampu ! Tak boleh berkata-kata. Terharu ke campur terbangga perasaan ni. Tapi ucap juga terima kasih dan kata "You're welcome to Malaysia"



Dalam Bas...kiri kanan orang Iraq, makcik Suad, Fatin, Suriani(Malaysia), doktor haiwan (lupa nama) dan isteri Um Sarah. Yang belakang-belakangtu ramailah kalau nak sebut namakan...

Ada lagi satu cerita yang mengingatkan nak berdoa untuk negaraku Malaysia.. Masa duduk hotel di Mekah, pekerja hoteltu siap tanya ," You all Omani, Malaysia?" Kitapun terkejut. Baru teringat bas yang bawa kami semuanya dari Oman. Jadi kitapun fikir nak jawab Oman ke Malaysia. Ada dua kerakyatan pulakni. Jadi kita cakap Omani, Malaysian. Bukan sekalitu je orang tanya. Jadi kitapun kata , Omani Malaysian. Bila pergi kedai kitapun jawab orang Oman , Malaysia. Mesti bingung orang fikirkan.
Bangunan lama di celah-celah kedai...unik

Jadi bila suatu malam , lepas solat magrib dan selesai baca yassin dalam Masjidil Haram, ada seorang budak (muka macam Mat Salleh, rambut perang) beri Adam dan Ali coklat. Amanda tengok coklattu dan kata buatan Malaysialah mak. Masani rasa terharu bila baca pada pembaluttu tulis, " Persiaran Bunga Tanjung 1, Senawang Industrial Park,70400, Seremban, Negeri Sembilan , Malaysia. " Jauh -jauh kami pergi nama Malaysia sentiasa ada. Oh..pengajaran bagi diriku juga....mengapa mengaku dua kerakyatan....sedangkan aku rakyat Malaysia!!! Tempat tumpah darahku...nenek moyang semua....tak ada niat nak apa sebenarnya...ya Allah ampuni aku, di Tanah SuciMu!! Lepas tengok pembaluttu esok-esok jawab Ya Malaysia. Yes I'm Malaysian. No...I'm Malaysian!



Di atas bukit Jabal Rahmah., Padang Arafah... tempat pertemuan Nabi Adam(saw) dan Hawa




Bukit Uhud bersentang bukit Uhudni ada batu...kata Fatin orang Iraqtu, batuni dari syurga.




Batu yang dikatakan dari syurga..tak berapa jelas kisahnya. Ketua rombongan beri penerangan ...tak pasti ,takut tersilap maklumat.



Bergambar di deretan kedai-kedai...ada pokok cantik..penjualpun kebanyakan boleh cakap melayu...

Begitu juga rasa terharunya masa nak turun bas , lampu bas telah dipadamkan...sebab orang dah nak tidur. Tapi kami dah nak sampai Sohar. Hampir 500 meter lampu bas pasang balik sebab kami nak turun. Kesian orang yang nak lenatu. Masani berpelukan dengan orang Iraqtu. Rasa sedih. Nampak orang dalam baspun buka mata ucap 'good bye'. Nama Adam ,Ali mereka sebut kuat. Kenal sangatlahtu.Bila turun bawah mereka lambai tangan. Kami dah mesra bas .Tak kira bangsatu.Sampai satu waktu dalam bas nak ke Madinah Ali cakap, "driver basni baik dan handsome, Ali rasa besar nanti Ali nak bawa baslah!". Adik angkat Adam orang Indiapun lambai tangan macam nak menangistu...dia nak duduk sebelah Adam saja...Amandapun siap cakap..."sedihnya mak, semua lambai tangan macam nak tinggalkan Putrajaya..." ke situ pulak sedihnya ...Kami juga melambai pada mereka, rasa sayu , berdoa dalam hati semoga kami dapat menyahut LambaianMu lagi Ya Tuhan, ke bumiMu, ke Tanah SuciMU...



Bergambar dari tingkat atas... Masjidil Haram


Adik angkat Adam, kami panggil Babu...bangsa India,agama Islam,nak duduk sebelah Adam aje...dan sentiasa ikut Adam.


Gambar dari dalam bas masa nak sampai Madinah



Adam dan unta




Berhenti makan dan minum air zam-zam yang segar di dataran ruang luar Masjidil Haram


Di dataran Masjidil Haram



By,

Cikgu Sue

9 comments:

t linda said...

sedih-sedih sue kat sana...sedih lagik linda yg membace nih....
tu la..sue sekeluarge semua mesra2 alam....tu yg cepat rapat kan....
heheheh mase kat bukit jabal rahmah tu tak tolong ka doa2 kat linda nih???heheheh

ShookranJazilan said...

lindaaaaaa su doa untuk linda.memang ada doa...sentiasa di sana.hai, orang yang sentiasa ada waktu kita susah senang takkan kita lupa.insyaAllah sama2 kita berdoa dan bersabar.

t linda said...

Aminnnnnnnnnnnn...heheheheheh

Mrs Who? said...

waa... dalin di sini rasa syahdu sgt... kami ni xdak rezeki lagi.. tingin sgt nk pi.. bertuahnya maksu..

ShookranJazilan said...

ala dalin....... cerita mak nagn ayah dalin lagi seronok.sbb mereka pi lama.pi buat Haji lagi tu.mak su juga doa untuk dalin dan keluarga.moga kita semua selamat di dunia dan akhirat.thank you.

mak chek said...

Boleh bawa balik Babu kat Malaysia tak, mak chek nak jadikan anak angkat...comel nye!!. Islam itu bersaudara, walaupun tidak sebangsa namun kemesraan tetap ada.

Anonymous said...

Lambaian Kaabah.....
Masjidil Haram
Syukran Jazilan Wa Ilal Liqa.

Aminnnnnnnnn
Semoga semua mendapat rahamt dan keberkatan Allah.

Anonymous said...

Comelnya Babu
Macam nak cubit cubit.
Cute Mute.
Nak ambik as adopted son boleh ker/
;-)

ShookranJazilan said...

ok nik terima kasih.