Tuesday, December 9, 2008

Tempe 2





Dah...dah jadi tempe...syukur ...dah makan , lagi sedap.Tak sangka senang nak buatnya...(okeylah)

Hmm sambung langkah seterusnya...Lepas dikupas kulit kacang soyatu...
bawala satu bekas kulit tempe ke rumah rakan. Alamak! Sampai di rumah rakan rasa segan pula nak ambil gambar! Dia terus rebus air...







Langkah 5...rebus air hingga mendidih...





Langkah 6
bila sudah mendidih masukkan kesemua kacang soyatu ( 500gram) ke dalam periuk.Tengok jam dan kira sehingga 15 minit. Sambiltu semua kekotoran seperti air, habuk, baki kulit dibuang. Mesti bagi bersih.



Bila dah 15 minit tapis kacang soyatu....dan tunggu..buang semua air tadi.


Langkah 6 rebus sekali lagi air sehingga mendidih..Bila dah mendidih masuk balik kacang soyatu..dan kira waktu sehingga 15 minit...sambil tunggutu bolehlah bergossip sebab masani air dah bersih...





Langkah 7, dah 15 minit tapis kacang soyatu dan ratakan atas dulang ...kami letak atas suratkhabar, rasanya kain yg boleh tembus air pun boleh....


Langkah 8 bila dah rata...ha..letaklah ragi...tak sampai setengah sudu kecilpun...letak aje..atas kacang-kacangtu dan kacau dengan senduk..itu aje...




Ragi dari Indonesia..(di Malaysia ada katanya)






Lepastu...masukkan dalam plastik dan matikan plastiktu dengan lilin..ambil lah lidi dan dicucuk -cucuk pada plastiktu untuk udara masuk ..

Bila dah selesai semuanya, letakkan kesemua kacang soyatu dlm tempat gelap dengan ditutup kain bersih. Jangan dibuka-buka! Ini yang panik, oleh kerana dapur kami comel almaripun dah memang gelap, jadi letaklah bawah katil.

Kena letak selama 2 hari 2 malam.Kalau simpan hari Rabu ,hari Jumaat baru buka..Jadi sebelum tido sentiasa cakap " Jadilah kau kacang soya, aku nak tido, kalau aku tido , kau jangan tido,kau jadilah tempe! Maknanya dua malam sebelum tidotu kita bercakap dengan 'kacang' lah!



Bawah katil kami,( rahsiakan pada anak-anak ada tempe bawah katil kalau tak asyik nak melawat ajelah)




Saat nak buka tempe.....memang suspen macam nak ambil result SPM,...ialah 2 hari tak tengok





Alhamdulillah jadi 7 juta tempe! Satu paket kacang soya boleh dapat 7 plastik tempe.




Hairan....semua nak pegang, nak rasa...ada yang cakap "mak macam buat magic !!
macammana ya mak dari biji..jadi tak ada biji ?"



Maka haritu...kami makan nasi goreng dengan makan tempe sahaja...goreng dua bungkus!

...mungkin pada orang biasa aje tapi bagi insan sepertiku...(yang jauh di rantauan) buat tempeni satu anugerah ...terima kasih pada rakan yang memberi ilmu! Hmmm...rasa hari ini dalam sejarah..Balik Malaysia nanti nak buat tak ni, cikgu!!




By,

Cikgu Sue

6 comments:

aieenayan said...

Kak Su, terliur lah tengok tempe, kalau buat 'sambal goreng' best tu!

P.S. Kak Su, kalau nak besarkan gambar kat blog aieen tu, klik je kat gambar tu, nanti dia enlarge... Oh ye, lupa pulak, Happy Belated Raya Haji! :-)

azila said...

isk,home-made tempe,sure sdap tu kak sue...psl gmbr tu,ialah forwarded e-mail,tp i dh delete la kak,akak grab jek dr blog i,amik jek la,as a souvenir..hihihihi


*thnks sbb sudi msuk blog i,kak.

t linda said...

wow..tak sangka sue dah jadik cikgu tempe...heheheh lawak je....nampak sedap la....bile balik KL nnt leh aa buat demontrasi kat kiterang ek...bab nak buang kulit tu yg malas....kalo tak buang tak jadi ke tempe tu???
mana tau..belom cuba blom tau kan...hehhehe tempe tak buang kulit...emmmm

ShookranJazilan said...

aieen..ok nnti kak sue besarkan...anak-anak suka tengok gambar

ShookranJazilan said...

azila...memang sedap...orang johor katanya makan tempe..otak jadi pandai..tq..bagi souvenir

ShookranJazilan said...

yalah linda jadi cikgu tempelah..ni sedang buat kali kedua..sampainak demam..salah strategi..sebab hari kerja ,budak2 sekolah...dia org tolong sekejab dah penat..lain kali buat masa cuti!!tak tahu kalau takk buang kulit jadi apa ya...nnti kulit tak cantik kot!!