Monday, January 28, 2008

Pergi Ibri

table mountain



25 Januari..JuMAAT, Mula-mula rasa macam tak mahu pergi...kerana ingatkan perjalanan yang jauh lebih kurang 2 jam lebih. Pergi juga atas jemputan kawan di Ibri tu..pergi dengan 2 buah kereta bersama kawan orang Filipina manakala isterinya orang Malaysia baru 2 minggu sampai. Sehari sebelumtu mereka datang rumah ..makanlah mee kari buatan sendiri... Nasib baik bukan mi rahsia!




Malam sebelum bertolak kena buat bekal..makan dalam perjalanan..masak kuih cubadak.Lamanya tak buat kuihtu...anak-anak semua hairan...sibuk nak tolong..haritu buat karipap depa hairan jugak..kata mak pandai masak karipap? Selalunya belijekan...paginya buat dumplin dan bawa hotdog.Okeylatu...Dalam perjalanan nanti tak ada kawasan rehat macam R n R kat Malaysiatu. Ingat masa kecik-kecik kalau balik Penang selalunya singgah Bukit Berapit ..singgah makan dan mandi-mandi...dah lama tak rasa macamtu...Ni rasa macam kecik balikla..zaman dulu...






a family in the desert



Masa baru bertolak...Ali kata tempatni macam nak balik Penangje...Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi...cantiknya alam ciptaan Tuhan..memanglah semua tempat padang pasir,batu dan bukit pasir sebab tak ada warna hijaupun..tapi pemandangannya cantik...setiap bukit diberi nama oleh kami..sendiri..ada bentuk-bentuk tersendiri bukit singala,bukit turtle,bukit seksi,bukit bye-bye, bukit tok wan , bukit nenekpun ada, bukit Barney, bukit lubang siput...dan ada satu bukit pelik sangat...bentuk meja makan...empat segi ...besar...dan rata..tapi tinggi ada dua berdekatan. kami berhenti ambil gambar jauh sangat, banyak kali juga berhenti..ambil gambar..pada bukit-bukit yang cantik...oh,ya ada satu bukit batutu ada kalimah Allah..cuba perhati gambar.


lereng bukit ada kalimah Allah


Lama-lama Ali kata ni bukan nak balik Penangni..tempatni samaje...tak ada jual apa-apala...Jalan dia satu hala sahaja..nak berhenti makanpun tak boleh...tak ada orang berhenti, lagipun cuaca sejuk. Sepanjang jalan hanya dua,tiga buah keretaje yang lalu..Bila lalu di pekan-pekan kecil baru ada banyak kereta sikit.Ala-ala pekan koboi gitu. Sepanjang jalan ada tiga empat sungai yang dah kering airnya. Kiranya kami lalu atas sungai. Kalau hujan sikit jalantu tak boleh lalu. Kena tunggu beberapa hari. Memang terasa lalu atas sungai..sebab nampak batu-batu sungai besar-besar dan nampak alurnya. Berdoa agar tak hujan.




Awas Unta2 melintas jalan




Sepanjang jalan juga terdapat papan tanda unta...melintas. Tapi tak ada pula bertembung unta tengah jalan. Anak-anak `excited' nak tengok unta.. Di padang pasir adala nampak beberapa ekor .Terjumpa juga papan tanda lebih kurang bunyinya `Litar Lumba Unta '..macam kat Sepang Litar Lumba kereta F1, tapi tak berapa nampak tempatni.!nampak berpagar panjang, tapi tak tahu bila pertandingan lumba untatu..nanti kalau ada bolehla tengok..mesti menarik...boleh popularkan di Malaysia...Dalam televisyen sini ada sekali tertengok lumba unta. Untatu lari sendiri..tuan dia tunggu kat depan..kalau menang dapat hadiah anak untake? kena cari maklumat.


by cikguSue

No comments: