Thursday, January 24, 2008

Kenduri, Exam dan mula sekolah

Kenduri, Exam dan mula sekolah

Teringat masa pergi kenduri arwah baru-baruni…Isteri orang Iraq tu meninggal..lebih kurang dah 3 hari…pergila..anak-anak tinggal di rumah..tempat perempuan dan lelaki diasingkan…kitapun masukla ke bahagian perempuan..alamak semua pakai abaya hitam…Pakaian rasmi orang Oman ,tudungpun hitam…Suriani je… pakai baju `purple’…tudung pulak bunga-bunga merah putih- meriahnya.Rasa macam `selebriti` yang bersalah pun ada…Masa masuktu semua orang sedang baca kitab…isteri kawantu perkenalkan pada semua orang..semua pandangje..tapi tak salam..Cuma salam anak orangtu saja…kemudian duduk..baca yassin..tapi dia orang baca kitab…kitabtu pulak kena tukar-tukar…tak bercakappun..kena bangun dan tukar kitabtu di meja…tapi sebab segan nak bangun sebab lain dari orang jadi bacajelah yassin yang bawatu ..tak sangka boleh baca yassin sampai 3 pusingan..selalu pergi tengok orang meninggal baca yassin sekalije…tak pernah lebih!

Masa makan..lagi best..makan dalam dulang…pernah makan macamni masa jadi fasilitator di Kem Sungai Lui dulu…tapi share dengan budak-budak..dekat nak 5 orang satu dulang…tapi kat sini kongsi 3 orang..satu talam..punyala banyak nasi…nasi briyani….daging lembu besar-besar..masa jadi fasilitator dulu terpaksa..suruh budak-budaktu habiskan dalam dulangtu…tapi masa makanni..tak laratnya..dia orangpun makan sikitje..nasi yang tak habis memang mereka buang macamtu je..adalah dekat 5 dulang masatu..punyala banyak..berlambak-lambak nasitu…rasanya bagi 70 orang makan lagi bolehtu….tapi memang macamtu caranya? Jangan membazir..kawan..

20 Januari 2008, hantar anak-anak pergi exam kali kedua…Alhamdulillah boleh masuk sekolah. .

21 Januari 2007 / Isnin-anak-anak mula sekolah. Pagini semua` excited’ sebab nak pergi sekolah.Harap segalanya berjalan lancar.Kami sampai awal.Adala dua tiga orang anak-anak Pakistan perempuan menjenguk dari tingkap.Tak lama kemudian mereka turun. Kemudian dua orang budak lelaki sibuk tunjukkan kelas Adam dan Ali.Mereka berkata guru-guru sampai pukul 7.35 pagi.`Assembley’ mula pukul 7.55.

Bawa Amanda, Adam dan Ali ke tempat perhimpunan dia orang. Alahai comelnya..tempat perhimpunan…Amanda kata dia kejut perut sebab takut…Relaxlakan…

Tak lama kemudian Guru besar dia sampai.Sibuk suruh budak panggil kami masuk.

Cokodok

22 Januari 2007 Selasa…dari semalam Ali sibuk nak makan cokodok..coklat…harini buatkan untuk depa bawa bekal…cokodok pisang..rasanya itulah kuih yang maknya `expert…’

Teringin juga nak buat lepat..nanti cari daun pisang…tadi pertama kali jalan kaki pergi pasar…tak jumpa pula daun pisang.Kena tanamni…Sampai pasar hairan juga rasa sebab mula-mula jumpa penjual dan pembeli semua lelaki…pakai pakaian putihtu…eh akuni boleh ke tidak nak belini bolehke aku masuk kedaini…ke pagi sangat aku datangni..takla pagi pukul sembilan..biasa di Malaysia orang dah sibuk membeli..pusing 2,3 kali kat dalam pasartu..nak cari orang perempuan..satu kedaitu ada sorang perempuan agak tua dari Surianila…sedang membeli..bila masukje dalam…orang perempuantu pandangje…senyum kat dia dia tak balaspun..asyik pandangje..mujur pekerja kedai lelaki India datang..cakap Arab..main tunjukje..nak beli apa..semuanya 400 baizar..taukeh kedai tak cakap terima kasihpun?

Tapi pasar ni tak ada jual ikan ,ayam, daging,udang…nak tanya segan…jalan lagi ke depan ada satu geraitu dua orang perempuan agak tua juga…bila masuk dia orang buat tak tahuje..tak bagi belike ya…keluar cepat-cepat..

Kena belajar cakap Arabni…mereka tak berapa mesra alam…baik..tapi sebab tak berapa tahu cakap Bahasa Inggeris mereka mengelak nak menjual agaknya…yang tahu sebut setakatni syukranje…Syukran Jazilan….

Ada satu kedaitu bila kita Tanya dalam Inggeris dia jawab Arab…nak Tanya tudung Amandatu..seronok juga..sebab bila kita tercakap Melayu..diapun jawab dalam bahasa Arab…macam fahamjekan…masatu nak reka ayat bahasa Inggeris lambat…cakapje melayu..sebab diapun tak faham inggeris…banyak tudung dan baju dia tunjuk…mujur dia tak marah..sebab bukan yang dikehendaki…cakapje syukran dan senyum…senyum tak kena bayarkan…keluarlah kedai…

Sesat

Alamak masa nak balik ..sesat..tak ingat jalan datang…masuk kedai keluar kedai sebab nak tau orang yang boleh cakap Inggeris…masuk satu kedai…tanya kat dia ..kat mana Hambar..dia kata semua tempat kat sini adalah Hambar..eh,yalah..semuanya Hambar..alamat rumahpun tak tauni…macam kita sampai Putrajaya..kalau Tanya Putrajaya kat mana mestila orang kata semua sini Putrajaya…kalau Tanya Presint 11 ke Presint 9 kat mana orang taula…susahni…

CikguSue

1 comment:

mak chek said...

Hai nampaknye penyakit sosek dah berjangkit ke Oman!